Selasa, 26 Ogos 2014

Lapangan Terbang Subang Terima Ancaman Bom

RAKYATNEWS


alt
 


SUBANG  -  Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS) Subang dikejutkan dengan ancaman bom di dalam sebuah pesawat.

Menurut laporan Agenda Daily, kesemua pesawat sudah pun diturunkan dan pesawat yang masih tidak diketahui jenis dan syarikat penerbangannya ditempatkan dihujung landasan.
 
alt
 
“Ketika ini, Unit Pemusnah Bom sedang melakukan kerja mengesan jika wujud bom berkenaan,” menurut kenyataan pihak bomba yang disahkan menerusi laman twitter laman portal berkenaan.

Setakat ini, siasatan terperinci sedang dilakukan bagi mengenalpasti kes itu.

Tiada ulasan: