MALAYSIAKINI
PAS tidak mengendahkan rayuan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan
tetap bertegas bahawa parti itu akan mengemukakan dua nama kepada istana
Selangor untuk jawatan menteri besar.
Bercakap kepada Malaysiakini, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata parti Islam itu akan mematuhi titah pemerintah.
"Kita tidak boleh dilihat sebagai memaksa istana (dengan mengemukakan satu nama)," katanya.
Tambahan pula, katanya, kesediaan PAS mencalonkan Wan Azizah untuk
jawatan tersebut, boleh dilihat sebagai tanda penghormatan kepada PKR.
Petang ini, Anwar merayu kepada PAS supaya berpegang kepada keputusan
Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat pada 17 Ogos untuk hanya mencadangkan Wan
Azizah untuk jawatan itu.
Pada hari Selasa, baginda sultan meminta Pakatan mengemukakan "dua atau
lebih nama", dengan tarikh akhir untuk berbuat demikian, ditetapkan para
hari Rabu depan.
Bagaimanapun, PKR dan DAP, dengan memetik konvensyen, menyatakan bahawa hanya nama Wan Azizah yang akan dikemukakan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan