MALAYSIAKINI
Menteri besar Selangor hari ini mengumumkan projek perumahan rumah mampu
milik kedua kerajaan negeri di Shah Alam merangkumi 24.7 hektar yang
dijangka siap pada 2018.
Tan Sri Khalid Ibrahim (bawah) berkata, projek di Seksyen U1 Glenmarie dan Seksyen 35 itu apabila siap boleh dijual di antara RM200,000 hingga RM250,000.
Khalid
juga berkata, mesyuarat exco Selangor hari ini menerima taklimat
daripada Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) tentang
perkembangan terkini pembangunan perumahan rumah mampu milik negeri
serta pelan tindakan sehingga 2025.
Katanya, Fasa 1 projek rumah mampu milik Selangorku di Sungai Sering di
Hulu Klang yang melibatkan 2, 496 unit yang diumumkan sebelum ini telah
dimulakan dan berjalan lancar.
Daripada maklumat LPHS, kata Khalid, setakat Julai 2014, sebanyak 1,682
unit rumah mampu milik dibina dan mesyuarat exco meluluskan 10,650 unit
rumah mampu milik.
LPHS juga menjalankan pemantauan setiap enam bulan bagi memastikan
pemaju membina rumah-rumah mampu milik terlebih dahulu atau beriringan
dengan rumah harga bebas.
“Sekiranya pemaju gagal, PBT yang terlibat boleh mengeluarkan 'arahan
henti kerja' untuk menangguhkan keseluruhan pembinaan projek mereka,”
katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan