MALAYSIAKINI
Ketika PKR dan DAP bertegas untuk hanya mencalonkan Presiden
PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail untuk jawatan menteri besar
Selangor, PAS masih belum memutuskan mengenai calon bagi jawatan
tersebut.
"PAS masih belum menerima surat dari istana, saya rasa kita akan
menerimanya tidak lama lagi," kata Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa
Ali.
PAS perlu melihat kandungan surat itu sebelum membuat sebarang keputusan, katanya kepada Malaysiakini.
"Pada masa ini, pendirian kami ialah (calon MB) bukan dari PAS," katanya
ketika ditanya tentang kemungkinan sama ada seseorang dari PAS akan
dicalonkan untuk jawatan berkenaan.
Mustafa secara peribadi berpendapat bahawa secara logiknya, PAS patut
berpegang kepada keputusan parti itu pada 17 Ogos, yang mencalonkan
Presiden PKR dan Timbalannya, Azmin Ali, dan tidak sepatutnya ada calon
kejutan.
Katanya, PAS akan mengadakan perbincangan di kalangan kepimpinan parti itu sebelum memberi jawapan kepada pihak istana.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan