Asyraf
Wajdi melukis mural di dinding Pejabat Penerangan Kota Bharu sempena
kedatangannya bagi mengisi slot Bicara Tokoh Program Semarak Merdeka
Kempen Kibar Jalur Gemilang Peringkat Daerah Kota Bharu, semalam.
KOTA BHARU - Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki
menolak spekulasi mengaitkan dirinya sebagai calon PRK Dun Pengkalan
Kubor, sebaliknya lebih menumpukan agenda meneruskan legasi bekas
Adunnya, Allahyarham Datuk Noor Zahidi Omar.
Menurutnya, isu calon tidak perlu dibahaskan di khalayak, yang penting calon mestilah mampu membawa kemenangan kepada BN.
Beliau juga mahukan individu yang dicalonkan itu meneruskan kesinambungan perjuangan Allahyarham Noor Zahidi.
“Ia spekulasi yang tak perlu saya panjangkan kerana sebagaimana yang diketahui, saya kini Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) dan baharu dua bulan dilantik sebagai senator.
"Nama saya tidak sepatutnya timbul dalam formula atau perkiraan untuk menjadi calon.
“Bagaimanapun sebagai Pengerusi Biro Agama Umno negeri dan Ahli Majlis Tertinggi Umno, saya akan pastikan kerusi Dun Pengkalan Kubor diteruskan calon (BN) yang bakal ditentukan presiden parti,” katanya.
Asyraf Wajdi yang juga Ahli Dewan Negara memberitahu, pembangkang sama ada Pas atau PKR seharusnya memberi laluan kepada Umno dan BN untuk menghabiskan tempoh pentadbiran yang tidak sampai tiga tahun jika benar mereka sebuah parti yang bermaruah.
“Ia bukan sahaja dapat mengurangkan kos, bahkan boleh menjadi model kepada politik baharu, malah mampu menepis polemik tidak sihat menjelang pilihan raya," katanya.
Asyraf Wajdi pernah bertanding merebut kerusi Parlimen Tumpat pada PRU12 tetapi tewas kepada bekas Setiausaha Agung Pas, Datuk Kamaruddin Jaafar.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan