Tindakan Tuanku Sultan untuk
menolak Wan Azizah sebagai pengganti Menteri Besar Selangor sambil meminta
setiap parti dalam Pakatan Rakyat mencalonkan lebih dari dua nama calon memberi
makna calon kehendak Anwar tidak diterima. Tetapi DAP sudah pasti tidak
berkelayakan untuk mencalonkan sesiapa dari partinya kerana DAP tidak mempunyai
calon berbangsa Melayu di dalam Dewan Undangan Negeri Selangor. DAP sesungguhnya adalah parti Cina
walauipun bersyarah di sana
sini mengakui parti itu sebagai parti berbilang kaum.
Dalam isu ini hanya PKR dan PAS
sahaja yang layak untuk mengemukakan nama-nama calon kerana kedua-dua parti ini
adalah parti-parti orang Melayu. Oleh kerana PKR dan DAP masih kekal dengan
satu nama, iaitu Wan Azizah sahaja, maka yang akan
mengemukakan calon lain hanyalah PAS. PKR tidak mahu akur dengan titah Tuanku
untuk memberikan nama yang lain dari Wan Azizah. Maka parti mana yang mahu
menerima titah Tuanku itu akan dipertimbangkan untuk menjadi pengganti kepada
Khalid Ibrahim.
Situasi ini sangat menarik kerana
PKR tidak akan mengemukan calon pilihan selain dari Wan Azizah, maka
secara
langsungnya PKR tidak akan dipertimbangkan untuk sesiapa menjadi Menteri
Besar, pengganti Khalid Ibrahim. Di sini adalah garis penamat kepada
‘Kajang Move’
yang dikatakan adalah buah fikiran pengarah strategik PKR, Rafizi
Ramli dahulu.
Jika calon PAS tidak diterima
oleh Pakatan Rakyat maka jalan terakhir ialah dengan membubarkan Dewan Undangan
Negeri Selangor dan diadakan pilihanraya negeri yang baru. Jika ini terjadi
maka PKR adalah penyebab kepada pembubaran Dewan Undangan Negeri Selangor dan
tiada pilihan yang lain, melainkan DAP bertukar pendirian dan menyokong calon
dari PAS. Itu sukar untuk terjadi kerana DAP lebih mendengar ‘titah’ Anwar
Ibrahim yang mahukan Wan Azizah sebagai pengganti kepada Khalid bagi
melangsungkan tindakan ‘Kajang Move’ tadi.
Sesungguhnya ‘Kajang Move’ itu
telah mengecilkan padang
permainan bagi PKR khususnya Anwar Ibrahim itu. Sekali gus keadaan ini
meniruskan sokongan ramai terhadap Anwar Ibrahim, 'ibarat tali gasing, semakin
ke hujung semakin menirus (kecil)'. Jika sokongan terhadap Anwar semakin kecil ia
memberi makna yang Anwar semakin menghapiri hayat politiknya dan mana-mana
parti atau mana-mana yang bersekongkol dengan Anwar dan hilang dalam ‘oblivion’
politik negara secara beransur-ansur.
Samada DAP masih mahu menghadapi
risiko ini terpulang kepada parti itu. Bagi banyak pihak dari apa yang berlaku
di Selangor ini, mana-mana pihak yang masih mahu bersama Anwar serta menumpang
memikul bebannya sekali, adalah satu pendirian yang dikatakan 'berenang dan
tenggelam bersama'.
Tetapi DAP akan membayar harga
yang terlalu tinggi ‘to swim and sink together’ bersama PKR dan Anwar
khususnya..Jika itu pilihan DAP maka DAP akan dikenang sebagai parti yang
mempunyai setiakawan yang tinggi sehingga sanggup bersama kehilangan ‘plot’
perjuangan parti itu sendiri untuk bersama menjamah kuasa di Putrajaya yang
selama ini yang dikeliurkan oleh parti itu.
Isu yang dihadapi oleh Selangor
ini bukan sahaja dirasakan tempiasnya oleh PKR, tetapi tidak ramai yang sedar
apa yang lain yang akan berlaku. Kecenderungan untuk DAP 'menjilat lukanya
sendiri' secara sendirian akan dialami mereka kerana berpendirian ‘sinking and
swimming’ bersama dengan PKR itu.
Hakikatnya mana-mana parti yang
wujud diatas perpecahan rakyat seperti PKR ini, parti itu tidak akan kekal
lama. Keadaan ini sudah mula terbau dengan perpecahan parti itu di setiap
peringkat hasil dari pemilihan pimpinan parti itu yang baru sahaja selesai
beberapa hari yang lepas sebelum kongress parti itu diadakan. Kekusutan dan
masalah ‘intra-party’ yang dihadapi oleh PKR itu ditokok-tambah pula dengan
masalah dan kerumitan ‘inter-party’ dalam Pakatan Rakyat, khususnya masalah
parti itu dengan PAS.
Keadaan ini telah jelas membawa
PKR kepada krisis keyakinan yang begitu serius dan akan terbongkar dalam masa
yang tidak lama lagi. Krisis ini akan membawa padahnya sekali kepada DAP yang
menganggotai Pakatan Rakyat itu. Tidak kita ketahui bagaimana DAP untuk mengelak
dari tercalar dalam menghadapi krisis keyakinan terhadap Pakatan Rakyat
khususnya PKR ini.
Itu sebabnya blog ini selalu
mengingatkan semua samada satu-satu 'coalition' itu kekal lama atau sebaliknya
bergantung kepada manusia yang memimpinnya. Pemimpin yang bermasalah tidak
mungkin bertindak dengan betul dan tepat kerana pemimpin seperti ini akan
menjadi beban kepada jemaah dan kumpulan yang dipimpinnya. Pemimpin itu
sendiri akan bertindak mengikut apa yang perlu dilakukan untuk menyelesaikan masalah
beliau.
Pemimpin seperti ini akan
mendahului tindakannya untuk menyelesaikan masalah sendiri dan sebagai contoh
‘Kajang Move’ itu boleh dijadikan iktibarnya. ‘Kajang Move’ sudah terbukti
dilakukan hanya untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh Anwar yang
beliau sendiri merupakan penyebab masalahnya itu.
Akhirnya ini yang terjadi dan
masalah dan isu Selangor sekarang merupakan ‘pinnacle’ terhadap masalah
pucuk
pimpinan Pakatan Rakyat itu sendiri. Tidak tentu pasal DAP dan PAS
menjadi
mangsa hasil dari tindakan melulu seorang individu yang bermasalah itu.
Cita-cita tinggi yang tidak mungkin tercapai jika dinilai dari zahir dan
adatnya. Kehendak Tuhan kita tidak tahu dan itu bukannya tahap makam
kita untuk melihat secara makrifah apa yang akan terjadi di masa depan.
Pendeknya ‘Kajang Move’ itu bukan
menambah peluang PR ke Putrajaya tetapi sebaliknya terbukti yang langkah itu
merupakan satu tindakan menyempitkan jalan bagi PR untuk menghampiri Putrajaya selepas
pilihanraya akan datang.
Sesungguhnya ‘Kajang Move’ itu
merupakan satu tindakan yang ‘unnecessary’ dan yang membazirkan peluang untuk
mencapai cita-cita ke Putrajaya. 'Yang dikejar tidak tercapai dan yang dikendung berciciran'.
'Terlalu berpencak dan berkeris,
akhirnya menikam diri sendiri'. Jangan salahkan sesiapa cukuplah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan