MALAYSIAKINI
Seramai 13 lagi ADUN PAS di Selangor tidak akan menandatangani
akuan bersumpah bagi menyokong Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail walaupun
parti itu menyokong pencalonannya sebagai sebagai menteri besar
Selangor yang baru.
Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali hanya memberikan kenyataan
ringkas sewaktu ditanya tentang perkara itu pada sidang media pagi ini.
"Nak tandatangan atau tidak? Tak," jawabnya ketika ditanya wartawan.
Jelasnya sebelum itu, soal SD itu "tidak dibangkitkan" dalam mesyuarat Ahli Jawatankuas PAS Pusat pagi ini.
"Tak berbangkit itu maknanya taklah," katanya lagi.
Sebelum ini PAS mencadangkan dua nama kepada Pakatan Rakyat bagi
menggantikan Menteri Besar sekarang, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan