MALAYSIAKINI
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan penstrukturan semula Kabinet seperti berikut:
Datuk Seri Liow Tiong Lai - Menteri Pengangkutan
Datuk Wee Ka Siong - Menteri di JPM
Datuk Mah Siew Keong - Menteri di JPM
Datuk Lee Chee Leong - Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri
Datuk Chua Tee Yong - Timbalan Menteri Kewangan
Datin Chew Mei Fun - Timbalan Menteri Pembangunan Wanita dan Keluarga dan Masyarakat.
Kesemua anggota baru jemaah menteri itu akan mengangkat sumpah jawatan pada hari Jumaat, katanya.
Beliau tidak menyebut nama mana-mana anggota jemaah menteri yang digugurkan.
"Saya berasa gembira kerana wakil MCA yang mewakili kaum Cina telah
dapat kembali berada dalam Kabinet, begitu juga dengan wakil parti
GERAKAN," katanya.
Beliau juga yakin bahawa kemasukan anggota baru ke dalam Kabinet itu
akan dalam "menterjemah akujanji kepada rakyat" seperti dinyatakan dalam
kempen pilihan raya umum lalu.
Najib mengumumkan demikian dalam satu sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Kabinet, tengahari.
Beliau semalam membayangkan bahawa rombakan tersebut akan melibatkan
jawatan menteri pengangkutan, yang dipangku sepupunya, Datuk Seri
Hishammuddin Hussein.
BN perlu mengotakan janji untuk melantik Datuk Mah Siew Keong ke jawatan
penuh menteri, selepas presiden GERAKAN itu menang pilihan raya kecil
parlimen Teluk Intan.
Najib juga perlu mengambil kira kuota MCA, yang meluluskan usul untuk
kembali memegang jawatan kerajaan melalui mesyuarat agung luar biasa,
Februari lalu.
No comments:
Post a Comment