SHAH ALAM - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang semakin pulih dan mungkin dibenarkan keluar wad sehari dua lagi.
Berita itu dimaklumkan Setiausaha Politiknya, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.
"Alhamdulillah kami menerima perkhabaran yang menggembirakan hari ini oleh doktor pakar yang merawat Tuan Guru bahawa dengan keadaan kesihatan beliau yang terkini setelah pemeriksaan dijalankan pagi ini, Tuan Guru kemungkinan besar akan boleh keluar dari wad dalam sehari dua ini.
"Dalam masa yang sama, Tuan Guru juga perlu menjaga pengambilan makanan dan minuman serta berehat sepenuhnya dalam tempoh yang akan dinilai dari semasa ke semasa," ujarnya lagi.
Abdul Hadi sebelum ini dikejarkan ke sebuah hospital di Istanbul setelah mengadu sesak nafas.
No comments:
Post a Comment