Thursday, June 5, 2014

Gambar banjir landa UIA Gombak

HARAKAHDAILY 


KUALA LUMPUR: Banjir kilat yang melanda Universiti Islam Malaysia (UIAM) di Gombak dan kawasan sekitarnya semalam menyebabkan banyak kenderaan rosak teruk akibat ditenggelami air.

Difahamkan banjir kilat tersebut berlaku akibat hujan lebat sehingga air sungai Gombak melimpah.

Bagaimanapun ia surut tidak lama kemudian dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Di kampus tersebut juga semalam berlangsungnya program siswa dan penjawat awam bersama bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Gambar keadaan banjir itu semalam turut dikongsi pelajar kampus tersebut dan orang ramai di Facebook dan blog.









No comments: