Oleh: Lyn Nasir
PETALING JAYA : Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP)
KEADILAN, Datuk Johari Abdul berkata bantahan terhadap proses pemilihan
parti itu masih boleh dibuat sehingga 28 Jun ini.
Jelasnya, selepas tarikh tersebut, tugas Jawatankuasa Pemilihan Pusat
(JPP) akan diambil alih Jawatankuasa Rayuan di mana ia akan
mengendalikan segala rayuan dan bantahan yang dikemukakan.
“Sabtu
ini adalah hari terkakhir, kalau ada mana-mana pihak atau cabang yang
ingin membantah dan sebagainya mereka masih ada satu lagi ruang iaitu di
Jawatankuasa Rayuan Pemilihan Pusat yang dipengerusikan oleh Datuk
Kamarul (Baharin) iaitu Ahli Parlimen Teluk Kemang,” ujarnya dalam
sidang media hari ini.
Menurutnya, selepas itu, JPP tidak akan terlibat dalam sebarang
proses bantahan sebaliknya jawatankuasa rayuan akan mengambil alih
bidang kuasa tersebut.
“Peranannya ialah menerima segala rayuan dan bantahan yang tidak
dikendalikan JPP. Mereka akan menilai kembali dan kemudian buat
cadangan,” katanya.
Namun katanya, JPP tidak mempunyai kuasa eksekutif untuk
mempertimbangkan tindakan dan ia akan dirujuk kepada Majlis Pimpinan
Pusat (MPP) untuk tindakan lanjut.
“Jadi terserah kepada MPP baru, apa yang mereka ingin putuskan dalam apa juga perkara,” ujar Johari.
Johari yang juga Ahli Parlimen Sungai Petani turut memaklumkan bahawa
28 Jun ini juga akan diadakan pemilihan semula melibatkan lima cabang
di Sabah, Sarawak serta semenanjung
No comments:
Post a Comment