Azuan Ab Rahman
KUALA LUMPUR : MCA tidak konsisten dalam membuat keputusan berikutan tindakan parti itu mengubah sebelum ini yang melarang ahlinya dilantik ke jawatan kerajaan.
Ahli Parlimen Gopeng, Dr Lee Boon Chye berkata, keputusan terbaru itu cukup memalukan kerana MCA sendiri harus sedar mereka telah gagal dan ditolak masyarakat Cina pada pilihan raya lalu.
“Ini sangat memalukan. Mereka beri alasan keputusan itu dibuat supaya mereka boleh mewakili suara masyarakat Cina.
“Tapi bagaimana mahu mewakili masyarakat Cina apabila mereka telah ditolak sama sekali?
“Saya anggap ini seperti gila kuasa dan kedudukan dalam kerajaan.
“Jika mereka mahu bawa suara masyarakat Cina, ia boleh dibuat di luar kabinet,” kata Lee kepada Keadilandaily.
Menurutnya jika mahu menyuarakan suara masyarakat Cina, pemimpin MCA seharusnya bertegas dengan kerajaan dalam soal rasuah, salahguna kuasa dan ketirisan.
Kegagalan MCA bertegas dalam hal tersebut kata Lee punca MCA ditolak.
MCA melalui perhimpunan agung parti itu pada 2012 dan EGM yang diadakan pada 20 Oktober 2013 bersetuju resolusi yang menyatakan untuk tidak menerima sebarang jawatan kerajaan jika gagal dalam pilihan raya umum ke-13.
MCA melalui pilihan raya lalu menampilkan prestasi terburuknya selepas hanya memenangi tujuh kerusi Parlimen dan 11 kerusi negeri daripada 37 kerusi Parlimen dan 90 kerusi negeri yang ditandinginya.
No comments:
Post a Comment