MUHAMMAD FAIZAL
SHAH ALAM: Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul
Samad melahirkan rasa hairan dengan sikap kumpulan NGO Umno yang seperti
'hilang suara' dalam isu Kassim Ahmad berbanding siu-isu berkait agama
sebelum ini.
Katanya,
sehingga kini tidak kedengaran suara lantang mereka, yang sebelum ini
seringkali mengancam ugutan fizikal malah mengadakan demonstrasi dalam
isu-isu terdahulu.
"Mana pergi kumpulan pendesak Melayu seperti
Perkasa, Jati mahupun Perkida yang sebelum ini lantang jika Melayu atau
Islam itu dipersoalkan.
"Kenapa dalam isu Kassim ini mereka tidak
berani ke hadapan, adakah ia berkaitan dengan Umno jadi mereka hanya
berdiam diri termasuk juga pihak berkuasa agama tempatan?," soal beliau
dalam satu sidang media hari ini.
Dalam pada itu beliau menggesa
kerajaan melalui pihak berkuasa agama agar segera mengambil tindakan
terhadap Kassim Ahmad yang secara jelas telah menghina Hadis yang
menjadi salah satu sumber pegangan umat Islam.
Jelasnya lagi,
pihak berkuasa tidak perlu takut untuk bertindak walaupun ia mempunyai
kaitan dengan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad ataupun
dengan Umno.
"Pihak berkuasa tidak perlu takut untuk bertindak ke
atas Kassim walaupun ia mempunyai kaitan dengan Dr Mahathir ataupun
dengan Umno sekali pun.
"Kalau isu Syiah sebelum ini mereka boleh
bertindak kenapa tidak berlaku ke atas Kassim, kita harap perkara ini
perlu disegerakan agar tidak ada umat Islam yang terkeliru dengan
kenyataannya," kata beliau lagi.
Ditanya mengenai cabaran Kassim
supaya orang yang mempertikai pandangan beliau tampil behujjah, Khalid
berkata pihak berkuasa agama patut mengambil inisiatif tersebut.
"Saya
harap pihak jabatan agama boleh menganjurkan pertemuan dan kalau orang
lain tidak mahu bertemu dengannya (Kassim) saya bersedia.
"Isu
sekarang bukan bersekemuka atau berbincang, tetap tindakan tegas atas
kenyataan beliau yang bertentangan dengan ajaran islam," tegasnya.
No comments:
Post a Comment