Azuan Ab Rahman
KUALA LUMPUR : Badan Hak Asasi, Lawyer for Liberty (LFL), menyatakan rasa terkejut terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mensabitkan pengerusi DAP, Karpal Singh di bawah Akta Hasutan.
Pengarah Eksekutif LFL, Eric Paulsen berkata, pendakwaan tersebut berunsurkan politik dan bersifat kuku besi dan hukuman dikenakan memungkinkan pengerusi DAP dipenjara tiga tahun, sekaligus melucutkan jawatannya sebagai ahli parlimen.
“Mengeluarkan kenyataan kritikal atau politik bukanlah satu jenayah, terutamanya dalam kes ini.
“Karpal memberi pendapat guaman terhadap krisis perlembagaan di Perak pada 2009. Bagaimana boleh ditakrifkan sebagai hasutan? soal Eric.
Kata Eric walaupun kebebasan bersuara bukan mutlak serta terdapat batasan, namun kebebasan bersuara harus dimartabatkan.
“Hukuman terhadap Karpal hanya membuktikan bahawa agenda reformasi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ketika mengumumkan pemansuhan Akta Hasutan hanyalah palsu.
Tambah Eric, penyiasatan dan dakwaan yang berhubungkait dengan politik hanya pembaziran dana awam dan sumber Polis,
“Ia seharusnya digunakan untuk menangani jenayah sebenar dan bukan dibazirkan terhadap kesalahan bermotifkan politik.
Justeru, LFL menyeru Polis dan Pejabat Peguam Negara bertindak profesional , adil bebas dan tidak menbuat dakwaan terpilih dengan niat jahat terhadap pemimpin Pakatan Rakyat.
“Sedangkan pemimpin kerajaan dan individu lain seperti Ibrahim Ali, Zulkilfi Noordin, Ridhuan Tee ,dan lain-lain walaupun telah membuat ucapan yang lebih serius tidak diambil sebarang tindakan oleh pihak berkuasa,” kata Eric.
No comments:
Post a Comment