MALAYSIAKINI
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menetapkan 17 Mac
untuk pengurusan lanjutan kes saman fitnah aktivis Datuk Marina Mahathir
terhadap 16 anggota NGO Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA).
Hakim Rosilah Yop juga mungkin mengarahkan defendan menyertakan penyataan pembelaan dan menetapkan tarikh perbicaraan selepas pihak-pihak itu bertemu.
Marina, 57, bulan lalu memfailkan saman terhadap Presiden ISMA Abdullah Zaik Abd Rahman (kanan) dan 15 anggotanya.
Ini ekoran pengedaran 70,000 risalah pada Disember lalu yang menyebut Marina antara dalang di belakang Gabungan NGO Malaysia (Comango) dalam proses Penilaian Penggal Sejagat (UPR), Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Risalah berjudul “Dalang di sebalik Comango” turut memasukkan Marina sebagai anggota lembaga NGO hak wanita Sisters in Islam.

No comments:
Post a Comment