Zulkarnain (kanan) sedang memantau belia kampung yang datang membantu untuk membina jambatan sementara di depan rumah mertuanya
ROMPIN – Sebuah keluarga di Kampung Bangkong, di sini, mengalami detik
cemas apabila tanah di hadapan rumah mereka hakis dibawa arus air hingga
menjadikan ia bagaikan sebuah anak sungai.
Kejadian itu mengejutkan ahli keluarga terbabit yang berada hampir dengan kawasan hakisan tersebut.
“Ada dua salur air yang dibina di bawah jalan di depan rumah kami
tetapi saiznya tidak dapat menampung air yang deras dan banyak mengalir
ketika itu hingga ia naik ke atas tanah di hadapan rumah.
“Kami melihat-lihat arus dan ada yang bermain air. Saya nampak ada
rekahan pada tanah yang dilalui air itu dan selepas itu terus saya tidak
membenarkan sesiapa pun bermain air lagi,” katanya.
Kejadian yang berlaku pada hari Selasa lalu itu menyukarkan keluarga berkenaan untuk keluar ke jalan utama.
“Beberapa orang anak muda kampung dan saudara mara membantu membuat
jambatan sementara bagi memindahkan motor dan sebagai persediaan jika
air terus naik,” katanya.
Beliau yang bekerja sebagai tentera di kem Tentera Udara Diraja
Malaysia (TUDM) Kuantan pulang bercuti dan terperangkap di kampung
kerana banjir.
“Saya tidak tahu bila baru boleh balik ke Kuantan kerana di sana juga
dilanda banjir yang lagi besar berbanding di sini,” katanya.
No comments:
Post a Comment