Sunday, December 29, 2013

Perkhidmatan Bas RapidKL, LRT, Monorel Dilanjutkan Sehingga 2 Pagi Pada 31 Dis

MSTAR ONLINE

 
KUALA LUMPUR: Perkhidmatan pengangkutan awam bandar bas RapidKL, sistem transit aliran ringan (LRT) dan monorel akan dilanjutkan sempena sambutan Tahun Baharu 2014, Selasa ini.

Naib Presiden Eksekutif Jabatan Komunikasi dan Pemasaran Strategik Kumpulan Prasarana Negara Berhad Lim Jin Aun berkata semua stesen LRT dan monorel akan dibuka sehingga pukul 1 pagi dengan stesen utama iaitu KL Sentral, KLCC, Masjid Jamek, Hang Tuah, Imbi, Bukit Bintang, Bukit Nanas dan Titiwangsa melanjutkan operasi masing-masing sehingga pukul 2 pagi.

"Meskipun begitu, kami akan memantau bilangan pengguna dengan teliti. Jika terdapat keperluan untuk melanjutkan lagi tempoh operasi, kami akan berbuat demikian selain menambah bilangan tren," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Perkhidmatan bas RapidKL pula akan dilanjut setengah jam melebihi perkhidmatan tren bagi memudahkan orang ramai, katanya.

Lim berkata laluan bas yang akan dilanjut perkhidmatannya ialah U64 (dariTaman Seri Muda ke Pasar Seni), U66 (Taman Medan ke Pasar Seni), U68 (SriManja/Sentosa ke Pasar Seni), U70 (Puchong Prima ke Pasar Seni), U22 (Sri Nilamke Jalan Hang Lekiu), U40 (Terminal Kajang ke Mydin Sinar Kota), U23 (TamanMelawati ke Lebuh Ampang), U224 (Bandar Dato Senu ke Kotaraya), U6 (Taman JasaUtama ke Medan Pasar) dan U88 (Kota Damansara ke Pasar Seni).- BERNAMA

No comments: