Josiah Ng   
Josiah Ng


SHAH ALAM - Pelumba Basikal Negara, Josiah Ng  yang terlibat kemalangan di Mexico pada Kejohanan Piala Dunia hari ini, dilaporkan stabil.

Isterinya, Kim Ong berkata, Josiah mengalami kecederaan di tulang rusuk dan selangka serta turut menjejaskan paru-parunya.

"Saya telah bercakap dengan beliau secara ringkas, suara beliau seperti separuh sedar.

"Saya akan mendapat laporan terkini daripada doktor dalam masa beberapa jam," katanya dalam satu kenyataan yang dihantar hari ini.