Aqilah Radzuankaidi
Penasihat Khas Sosial dan Kebudayaan Kerajaan, Tan Sri Dr Rais Yatim
bersama Presiden Persatuan Karyawan Malaysia (KARYAWAN) Datuk Freddie
Fernandez menziarahi seniman veteran Datuk Aziz Sattar, 89, yang
menghidap masalah saluran jantung tersumbat.
Aziz yang kini menetap di kediaman anak bongsunya di Bandar Tun Hussein
Onn, Cheras, kelihatan ceria dengan kunjungan itu walaupun beliau kini
tidak boleh banyak bergerak kerana masalah kaki bengkak.
Beliau merupakan salah seorang seniman yang serba boleh dalam bidang
seni sebagai pelakon, pengarah filem, pelawak serta penulis skrip
sepanjang kerjaya beliau.
Aziz dikenali ramai menerusi lakonan hebatnya bersama Allahyarham Tan
Sri P Ramlee dan Allahyarham S Shamsuddin dalam filem Bujang Lapok,
Pendekar Bujang Lapok dan Seniman Bujang Lapok.
No comments:
Post a Comment