Saturday, December 7, 2013

Isytihar Diri sebagai Ahli : Jenice Lee Saman DAP

Radhi Razak 
 
 
KUALA LUMPUR- Bekas anggota Dewan Undangan Negeri Teratai, Jenice Lee Ying hari ini menfailkan saman terhadap DAP, bagi memohon pengisytiharan bahawa beliau masih anggota parti itu.
 
Lee, 33, menfailkan writ saman melalui Tetuan Harjit Sandhu di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Sivil di sini dan menamakan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng sebagai defendan.
 
Lee dalam pernyataan tuntutannya memohon deklarasi supaya keanggotaannya dalam parti itu sejak 2001, dikekalkan.
 
Selain itu beliau juga memohon injunksi untuk menghalang defendan daripada melucutkan keanggotaannya serta kos dan relif lain yang difikirkan wajar oleh mahkamah.
 
Lee mendakwa pelucutan keanggotaannya oleh defendan, yang hanya diketahui melalui media pada 20 April lepas, adalah tidak sah.
 
Pada 5 Jun lepas, Lee memfailkan saman terhadap DAP berhubung pelucutan keanggotaannya dalam parti itu, bagaimanapun pada 28 Okt, dia menarik balik saman itu.

No comments: