Siapa sangka, Berita Semasa pun tidak
sangka sebuah negara yang dipanggil Malaysia yang dilimpahkan nikmat dan
hasil mahsul berupa petroleum, getah, kelapa sawit, balak yang bermutu
tinggi, emas, padi, bijih timah, industri elektronik dan kepakaran
tenaga sumber manusia yang ramai jika diuruskan dnegan baik. Akhirnya….
Akhirnya terpaksa juga berdepan dengan risiko muflis. Malaysia mahu muflis? Benarkah? Siapa cakap?
Mahu Malaysia Bangkrap? @ Laksanakan GST!
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun
Razak mengatakan Malaysia akan bankrap akhirnya jika anda, anda semua
sebagai rakyat malaysia tidak menyokong pelaksanaan cukai barangan dan
perkhidmatan (GST).
Cuma Berita Semasa agak sedikit pelik dan hairan. Adakah GST satu-merupakan satu-satunya sumber pendapatan negara?
- Jika Malaysia masih tidak melaksanakan GST
- Kerajaan akan terpaksa pinjam duit lebih banyak dari luar
- Yang mana akhirnya, Malaysia akan diisytihar bankrap apabila tidak mampu membayar lagi hutang tersebut
- Sebegitu mudah untuk bankrap hanya kerana tidak melaksanakan GST?
Yang boleh buat Malaysia bangkrap bukannya sumber pendapatan negara tetapi apa dia? RASUAH. Ya…Rasuah.
- Pertamanya, mana pergi kekayaan pendapatan negara selama ini? Yang keduanya :
- Adakah pendapatan tambahan RM27 bilion mampu menyelamatkan negara daripada bankrap, sedangkan realitinya hari ini perbelanjaan tahunan kerajaan mencecah ratusan bilion ringgit setahun, seperti yang dapat dilihat dalam pembentangan bajet setiap tahun? (KLIK SINI)
- Hakikatnya, GST lebih memantapkan ekonomi & mempelbagaikan sumber pendapatan kerajaan kerana cukai GST ini akan dinikmati kerajaan secara terus-menerus jika dibandingkan dengan pendapatan minyak & kelapa sawit negara.
Contohnya…..negara Greece. Greece jatuh bukan sebeb tiak melaksanakan GST. Greece turut melaksanakan sistem cukai seakan GST yang dikenali dengan cukai nilai tambah (VAT) pada kadar antara 4.5 peratus dan 23 %. Tetapi Greece tumbang disebabkan :
- Individu A yang berpendapatan lumayan seperti RM20,000 sebulan tidak pernah cukup jika beliau tidak pandai menguruskan kewangannya dan sering boros berbelanja
- Individu B yang berpendapatan serdahana tetapi seringkali menganalisa dan semak perbelanjaan supaya tidak melebihi kemampuan sebenarnya beliau. Walaupun pendapatan beliau masih kecil , tetapi Alhamdulillah individu B masih mampu menampung kehidupan keluarganya setiap bulan.
- Tipu angka ekonomi
- Salah urus tadbir kewangan negara
- Rasuah yang bermaharajalela di Greece (Wang rakyat Greece telah diselewang atau masuk dalam poket kroni, pemimpin politik. Kos pembangunan infrastruktur naik 3,4 malah 6 kali ganda daripada kos asal. Di Greece juga sama se[erti di ___________, ada dipanggil “duit kopi” bagi mendapatkan projek kerajaan.)
Syarikat Penarafan Antarabangsa : Malaysia Masih Dinilai Negatif
Rakyat Malaysia boleh perhatikan
sekarang ini, kerajaan Malaysia begitu berkerja keras dan bersungguh
untuk meningkatkan terus pendapatan kantung kerajaan termausklah juga
mendapatkan sejumlah USD4.5 bilion (RM13.7 bilion) bagi menampung
kembali perbelanjaan boros kerajaan selama ini bagi meletakkan hutang
negara ke paras yang lebih stabil selepas ini.
Sehingga ke hari ini, firma penarafan
antarabangsa Fitch Ratings masih dengan penilaian negatif terhadap
Malaysia kerajaan telah membentangkan Bajet 2014. Apa sebabnya? Dan
bagaiaman untuk mengatasi masalah ketidakcukupan pendapatan setiap
Malaysia berbelanja?
Apa pandangan anda?
No comments:
Post a Comment