Oleh NAZLI IBRAHIM
SHAH ALAM: Gred guru kelas al-Quran dan fardu ain (KAFA) di Selangor akan dinaik taraf bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah agama negeri itu lebih berkesan.
Exco Pendidikan Negeri Selangor, Dr Halimah Ali, berkata langkah itu akan membabitkan pindaan terhadap syarat pengambil baru guru KAFA.
“Memang kita sedang menaikkan taraf gred guru KAFA ini supaya proses pengajaran dan pembelajaran itu lebih baik dan berkesan.
“Jadi, guru baru nanti harus mempunyai sekurang-kurangnya diploma tetapi yang sedia ada akan terus kekal diserapkan,” katanya ketika ditemui Selangor Kini selepas persidangan Dewan Negeri Selangor (DNS), di sini, baru-baru ini.
Dr Halimahberkata, ketika ini terdapat guru KAFA sedia ada menyambung pelajaran mereka melalui pengajian jarak jauh ke peringkat diploma.
Sementara itu, belia berkata, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dalam proses untuk mengimplimentasikan dasar baru bagi Sekolah Menengah KAFA Selangor.
Katanya, langkah itu bakal membabitkan beberapa buah sekolah rendah KAFA yang terpilih untuk dijadikan Sekolah Menengah KAFA.
“Kita hendak mengimplimentasi dasar baru iaitu KAFA menengah, jadi JAIS ketika ini sedang sibuk ke arah itu seperti menyediakan modul dan mengenalpasti sekolah untuk dipilih dan melatih guru yang menjadi fokus kita sekarang.
“Saya percaya dengan adanya KAFA menengah, dasar pendidikan agama Selangor akan lebih menyeluruh kepada pelajar bukan tertumpu kepada sekolah rendah sahaja,” katanya.-NFN-

No comments:
Post a Comment