Saturday, June 29, 2013
Rumah anak yatim di Hulu Kelang terbakar
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor berkata pihak bomba menerima laporan mengenai kejadian itu pada pukul 9.57 malam, beberapa minit selepas kebakaran bermula.
Tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan dalam kebakaran yang dipercayai bermula di tingkat teratas bangunan tiga tingkat itu yang melibatkan tiga bilik, katanya ketika dihubungi Bernama.
Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan, kata jurucakap itu.
Bilangan penghuni rumah anak yatim itu belum dapat dipastikan ketika berita ini ditulis.
Dua jentera bomba dari Balai Bomba Ampang Jaya dan Pandan Indah digegaskan ke tempat kejadian dan api dapat dikawal pada pukul 10.40 malam. - Bernama
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment