Wartawan Buletin
KUALA TERENGGANU - Kemenangan bukan suatu perkara yang mustahil dalam satu pilihanraya kecil (PRK) kerana menurut Pesuruhjaya PAS Terengganu, Haji Mohd Abdul Wahid Endut, PAS ada pengalaman dan pernah menang pada PRK Kuala Terengganu.Yang penting, kata beliau, apa juga strategi yang digunakan, matlamat PAS adalah untuk meningkat undi dan menjadikan undi PAS lebih banyak daripafa BN.
"kita nak tambah undi kita. Kita berusaha kearah menambahkan undi kita. Tambah undi, kena undi kita lebih banyak dari BN Kita akan sepakat seperti pilihanraya-pilihanraya yang lepas. Cara-cara kempen itu, cara biasa dalam pilihanraya untuk mendapatkan undi rakyat,"jelas Haji Wahid yang juga adalah Timbalan Pengarah Pilihanraya PAS Pusat.
Beliau berkata demikian ketika ditanya pihak media tentang PRK Kuala Besut yang bakal diadakan beikutan kekosongan kerusi DUN terbabit, ekoran penyandanganya Allahyarham Dr. A. Rahman Mokhtar yang meninggal dunia pada Selasa 26 Jun.
Oleh itu beliau mahu supaya seluruh cawangan-cawangan, jentera dan ahli-ahli PAS, khususnya di Kawasan Besut dan di DUN Kuala besut mula membuat persiapanuntuk sekarang mula membuat persiapan awal.
Beliau yang juga ADUN Wakaf Mempelam berkata walaupun menurut rekod PAS hanya menang dua kali di Kuala Besut tidak mustahil PAS mencipta sejarah dan menang buat kali ketiga.
"bukan perkara yang mustahil untuk menang kali yang ketiga. Apa yang berlaku sekarang ini, bukan sahaja Kuala Besut, Dun-dun lain pun begitu.
"(sebekum ini) banyak BN yang menang, berbanding dengan PAS. Kita doakan kita menang untuk pilihanraya kecil kali ini,"ujarnya pada sidang media yanag diadakan di Markaz PAS Kuala Ibai, di sini semalam Khamis 27 Julai
Menyentuh tentang isu dakwat kekal, beliau berharap pihak SPR menggunakan dakwat kekL yang sebenar pada PRK Kuala Besut bukan seperti yang digunakan dalam
"(kita harap SPR) guna dakwat kekal betul-betul lah, jangan buat makan. Kita harap supaya ada penambahan baikan oleh pihak SPR, kalau (kerana ia) itu salah satu usaha bagi memastikan ketelusan dalam proses pilihanraya.
"dimana, (ia) mengurangkan pengundi mengundi lebih dari sekali. Kita sokong, kita tak mahu ada juga unsur-unsur penipuan, penyelewengan berlaku dalam mana-mana pilihanraya. Menang, kalah semua itu ketentuan Allah.tapi, berlaku dengan adil. Di harapkan berjalan dengan baik,"tegasnya
No comments:
Post a Comment