Shahbudin Husin
Setelah riuh-rendah dengan kemunculan berbondong-bondong pengampu, pembodek dan tukang kipas yang mahu menyelamatkan karier politik Najib dengan mencadangkan agar jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO tidak dipertandingkan, malah dikekalkan secara percuma kepada penyandang sedia ada, tiba-tiba Setiausaha Agung UMNO, Tengku Adnan Tengku Mansor menyatakan kedua-dua jawatan itu boleh dipertandingkan.
Kata
Ku Nan lagi, semua jawatan tertinggi parti terbuka untuk ditandingi
dan sesiapa saja yang mahu bertanding, boleh mendaftarkan diri untuk
berbuat demikian, sesuai dengan peraturan baru yang diperkenalkan oleh
UMNO. Katanya lagi, semua jawatan dalam UMNO akan ada pertandingan kali
ini.
Sebelum
ini, sebaik keputusan terburuk yang dicapai oleh BN dalam pilihanraya
lalu, ramai pemimpin UMNO tampil menyarankan agar kedua-dua jawatan
tertinggi dalam UMNO itu tidak dipertandingkan atas alasan menjaga
perpaduan, selain menganggap gandingan Najib dan Muhyiddin sudah
merupakan gabungan yang terbaik untuk parti.
Selain
UMNO Negeri Sembilan dan Sabah yang menjadikan tiadanya pertandingan
itu sebagai resolusi, sebahagian besar pemimpin UMNO turut menyokong
cadangan itu. Malah Ku Nan sendiri sebelum ini dilaporkan bersetuju
tiadanya pertandingan bagi jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO
atas alasan UMNO mengamalkan demokrasi terpimpin dan bukannya demokrasi
sebenar.
Dua bekas
Perdana Menteri, Mahathir dan Pak Lah juga dilaporkan bersetuju agar
tiada pertandingan bagi kedua-dua jawatan tertinggi itu.
Walaupun
demikian, di peringkat akar umbi rata-ratanya mahukan pertandingan
diadakan kerana berasakan transformasi politik yang diperkenalkan Najib
dengan meminda peraturan pertandingan haruslah dibuktikan bukan
sekadar dengan kata-kata tetapi dengan keberanian melalui tindakan
juga. Lagi pula 146,500 orang yang digegak-gempitakan sebagai
perwakilan yang boleh memilih pucuk pimpinan UMNO kali ini berbanding
hanya 2,500 sebelum ini, turut tidak sabar untuk memainkan peranan
mereka.
Dalam pada itu, kalangan akar umbi juga berpandapat, tiada apa yang perlu dibimbangkan dengan pertandingan kali ini mendatangkan kesan kepada perpaduan kerana pilihanraya baru saja berakhir dan pilihanraya seterusnya hanya akan diadakan lima tahun lagi iaitu pada 2018. Dan jika pun mahu dielakkan pertandingan untuk menghadapi pilihanraya, ia sepatutnya pertandingan pada 2016 nanti.

Untuk
pemilihan pucuk pimpinan kali ini, ramai yang berpendapat biarlah
sesiapa saja mahu menawarkan diri untuk mencabar Najib, sama ada
Muhyiddin atau Tengku Razaleigh. Biarlah demokrasi disuburkan kembali
dan keputusan pilihanraya lalu diadili oleh UMNO pula sama ada mereka
masih mahu mengekalkan Najib atau sebaliknya bagi menghadapi pilihanraya
yang seterusnya nanti.
Kenyataan
Ku Nan yang secara tiba-tiba memberi lampu hijau kepada pertandingan
dalam UMNO, terutamanya dua jawatan tertingginya, ternyata disambut
baik dan membuktikan kecenderungan untuk membuka semula ruang demokrasi
dalam UMNO yang selama ini diikat dan dirantai kakinya.
UMNO kali terakhir menyaksikan pertandingan bagi jawatan Presiden UMNO ialah pada 1987 bilamana Tengku Razaleigh mencabar Mahathir. Walaupun Mahathir menang dengan 43 undi tetapi demokrasi dalam UMNO selepas itu bagaikan diikat dan dipasung kakinya melalui pelbagai peraturan dan kekangan yang diperkenalkan oleh beliau terutamanya sistem kouta pencalonan.

Tetapi
apabila Najib mengambil alih kepimpinan parti dan negara, beliau telah
membuang semua peraturan tidak demokratik itu kerana menyedari pelbagai
peraturan dan kekangan itu telah menyebabkan orang-orang Melayu
semakin menjauhi UMNO.
Bagaimanapun apabila PRU 13 menghasilkan keputusan terburuk dalam sejarah BN dengan hanya kemenangan 133 kerusi dan hilang undi popular, kebarangkalian kedudukan Najib dicabar juga tinggi kerana beliau dianggap pemimpin yang paling gagal sepanjang kewujudan UMNO. Lantas, untuk mempertahankan Najib, muncul kembali cadangan agar tiada pertandingan bagi jawatan Presiden dan Timbalan Presiden sedangkan transformasi politik UMNO telah diperkenalkan sebelum itu.

Lalu UMNO
kembali menjadi bahan cecehan ramai dan transformasi Najib dianggap
palsu. Transformasi yang bertujuan menjadikan parti lebih demokratik
dan inklusif, rupa-rupanya lebih cenderung melahirkan pembodek,
pengampu dan tukang kipas semata-mata.
Di sisi
yang lain, keadaan ini menjadikan UMNO makin dijauhi terutamanya oleh
generasi muda yang sarat dengan idealisme serta ghairah kepada
persaingan. Mereka melihat UMNO bukan lagi wadah untuk perjuangan dan
memupuk bakat kepimpinan, sebaliknya lebih merupakan parti untuk
kelompok elit tertentu sahaja.
Setelah
demokrasi dirantai kakinya selama 26 tahun ini dalam UMNO, ia akan
terus memberi kesan kepada penerimaan orang-orang Melayu dan meraih
sokongan dalam pilihanraya akan datang. UMNO dengan demokrasi yang
diikat kakinya hanya akan kekal menjadi parti kampungan dan menerima
sokongan dari desa pedalaman saja tetapi akan terus disisih oleh
generasi muda, Melayu bandar dan separa bandar.
Barangkali
atas kesedaran ini dan harapan yang tinggi agar UMNO dan BN mendapat
sokongan yang lebih baik dalam PRU 14 nanti, maka Ku Nan cuba membuka
ikatan yang memasung kaki demokrasi dalam UMNO selama ini. Kini
disedarinya jika demokrasi tidak dihidupkan kembali, kemungkinan UMNO
akan mati kerana terus ditolak oleh orang-orang Melayu adalah lebih
tinggi lagi.
No comments:
Post a Comment