KL TODAY
PETALING JAYA:
Tarikh bila pilihan raya umum akan diadakan masih menjadi tanda tanya,
namun semua parti politik tidak menjadikannya sebagai alasan
sebaliknya mereka terus memperkuatkan jentera parti bagi memperhebatkan
kempen masing-masing.
Sejak
beberapa bulan lalu, MCA, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan PAS telah
menempah bas dan treler yang boleh ditukar menjadi pentas ceramah mini
bagi memudahkan mereka menjelajah ke seluruh negara.
Dengan
menggunakan slogan yang menarik seperti Kestabilan Rakyat Diutamakan,
Jelajah Merdeka Rayat, Negara Berkebajikan dan Jentera Impian,
kenderaan ini boleh membawa ahli kempen ke mana-mana sahaja.
“Ia sangat
mudah kerana kami boleh menyediakan pentas ceramah di tempat yang
sesak seperti kawasan berhampiran pasar malam, kata Bendahari MCA,
Datuk Seri Tan Chai Ho.
Bas dua
tingkat milik MCA mempunyai kawasan tingkat atas yang terbuka sementara
sebelah dalamnya dilengkapi dengan peralatan audio dan skrin LCD yang
membolehkan tayangan klip video dipaparkan.
Slogan
‘kestabilan elak huru-hara’ turut diletakkan di bahagian atas sementara
di sepanjang badan bas diletakkan gambar Pengerusi Barisan Nasional,
Datuk Seri Najib Tun Razak dan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek
serta panda yang merupakan maskot rasmi MCA.
Bas ini
kali pertama diperkenalkan pada Majlis Rumah Terbuka MCA di Cheras
bulan lalu, dan mereka turut memiliki lima buah lori kempen yang boleh
ditukar menjadi pentas ceramah di beberapa lima negeri iaitu, Johor,
Negeri Sembilan, Melaka, Pahang, Perak dan Kedah.
Tan yang
juga Pengerusi MCA Wilayah Persekutuan berkata kenderaan berkenaan
digunakan oleh semua calon yang akan bertanding pada pilihan raya umum
kali ini.
Idea asal
mengenai cadangan ini datang dari Dr Chua sementara semua bas yang
disediakan ini ditaja oleh penyokong parti, kata Tan.
Tidak
ketinggalan DAP turut mempunyai treler yang dillengkapi dengan pentas
ceramah, dengan slogan ‘Jentera Pilihan’ ia kali pertama diperkenalkan
ketika Himpunan Kebangkitan Rakyat Pakatan Rakyat pada November tahun
lalu.
“Jentera
pilihan raya kami menjadi lebih mudah dan menjadikan kami lebih
berkesan dalam menyampaikan mesej,” kata Ketua Pemuda DAP, Anthony
Loke, tambahnya bahawa kos kenderaan berkenaan ditaja oleh penyokong
parti itu.
Sementara PAS pula memperkenalkan treler ‘Negara Berkebajikan’ mereka bulan lalu.
Idea untuk mewujudkan trak berkenaan datang daripada Pengarah Pilihan Raya PAS, DR Mohd Hatta Ramli.
“Kita tidak boleh berhenti dan perlu mengadakan ceramah sekurang-kurangnya di tiga lokasi pada setiap hari,” katanya.
Treler berkenaan dibeli hasil daripada kutipan derma dan ia turut boleh dijadikan pentas ceramah.
Sementara
itu, Pengarah Komunikasi PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata bas dua
tingkat mereka, dengan slogan ‘Jelajah Merdeka Rakyat’ telah
dilancarkan sejak Ogos tahun lalu.
“Bagi
penduduk di kawasan luar bandar yang tidak pernah melihat pimpinan PKR
secara dekat, projek bas yang menggunakan imej professional dapat
membantu untuk memenangi hati mereka secara psikologi,” kata Nik Nazmi
sambil menambah bas berkenaan telah digunakan untuk mengadakan lebih
200 ceramah setakat ini.
Dilengkapi
dengan kerusi urut dan kemudahan persidangan, bas berkenaan turut
digunakan oleh PKR untuk mengadakan mesyuarat bersama pemimpin di
peringkat akar umbni di setiap hentian mereka.
No comments:
Post a Comment