Oleh Arif Juhani
SHAH ALAM : Sekretariat Pakatan Rakyat dengan kerjasama NGO
bekas tentera, Kerabat dan Pahlawan akan mengadakan program ‘Munajat
Selamatkan Malaysia’ dan ‘Forum Lahad Datu: Rakyat Berhak Tahu’ pada
Ahad, 31 Mac ini di Stadium Malawati Shah Alam.
Ahli Parlimen Shah Alam, Abdul Khalid Samad memaklumkan, munajat akan
dipimpin Mursyidul Am Pas, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang
juga Menteri Besar Kelantan.
“Ia bertujuan memohon kepada Allah agar perbuatan jahat pihak
tertentu yang mahu merosakkan usaha Pakatan memenangi PRU-13 gagal.
“Kita seru rakyat hadir beramai-ramai ke program itu nanti,” kata
Khalid kepada pemberita pada sidang media di pejabatnya di Pusat
Perniagaan Worldwide hari ini.
Kata Khalid, dalam ketakutan Umno-BN membubarkan Parlimen, dalam masa
sama menggunakan pengundi hantu, menyebarkan fitnah terhadap pemimpin
Pakatan.
“Sekarang kita nampak isu Lahad Datu akan jadi fitnah terakhir kepada
pemimpin Pakatan. Sebab itu kita adakan forum ini untuk menerangkan
kepada rakyat isu sebenar,” ujarnya.
Pada
sidang media sama, ahli Majlis Pimpinan Pusat, Datuk Johari Abdul
berkata forum Lahad Datu yang dipengerusikan beliau akan membariskan
barisan mantan pegawai atasan dari polis dan tentera sebagai panelis.
“Kita serahkan kepada mereka untuk mengulas situasi sebenar insiden
Lahad Datu, apa sepatutnya tindakan patut diambil oleh kerajaan dan apa
yang disembunyikan dari pengetahuan rakyat,” kata Ahli Parlimen Sungai
Petani.
Forum
menggandingkan Leftenan Jeneral (B) Dato’ Abdul Ghafir Abdul Hamid,
Briged Jeneral (B) Dato’ Abdul Hadi Abdul Khatab, Laksamana Pertama (B)
Imran Abdul Hamid dan mantan Ketua Cawangan Khas (SB) Sabah, ACP (B)
Mohd Yousoff Babjee.
Forum boleh dilayari secara langsung di Ehsan TV, TV Selangor, TV Impian Ubah TV, Suara Rakyat FM dan Radio Bangsar Utama. – SDQ
No comments:
Post a Comment