Wednesday, March 27, 2013

MB S'gor sahkan tiada pembubaran awal


MALAYSIA KINI


 
dikemaskini Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akhirnya mengesahkan bahawa pentadbiran beliau tidak akan memohon pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) sebelum Parlimen dibubarkan.

NONEBagaimanapun, beliau berkata DUN Selangor akan terbubar secara
automatik pada 22 April walaupun Parlimen (tarikh akhir pembubarannya pada 28 April), belum dibubarkan.

Khalid berkata, beliau membuat pengumuman itu bagi mengelakkan sebarang kekeliruan di kalangan rakyat Selangor dan Malaysia.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), katanya, telah menyatakan ia mahu pilihan raya negeri dan pusat diadakan serentak, dan oleh itu, pihaknya turut mensasarkan jangka masa tersebut.
Tiada keputusan dari Pakatan

Bercakap kepada pemberita selepas mesyuarat Majlis kepimpinan Pakatan Rakyat hari ini, Khalid menegaskan bahawa ini adalah keputusannya dan bukan keputusan kepimpinan Pakatan.

Katanya, beliau juga bercakap dengan negeri Pakatan lain supaya menggunakan pendekatan yang sama berhubung tarikh pembubaran DUN masing-masing.

Bagaimanapun, katanya, perbincangan masih berjalan dengan negeri-negeri Pakatan yang lain dan belum ada sebarang keputusan dibuat.

Beliau berkata jika cadangannya itu diterima, maka ia akan meletakkan tekanan ke atas kerajaan persekutuan untuk membubarkan Parlimen sebelum 22 April.

Selangor adalah negeri Pakatan yang terawal dibubarkan pada 22 April, diikuti Kelantan (28 April), Pulau Pinang (Mei 2) dan Kedah (5 Mei).

Terdahulu, Sinar Harian memetik Khalid sebagai menyatakan bahawa beliau akan membawa perkara itu kepada Majlis Kepimpinan Pakatan hari ini dan akan membuat mengumumkan hari ini atau esok mengenai tarikh pembubaran DUN Selangor.

No comments: