Shahbudin Husin
Hari
ini 28 Mac, DUN Negeri Sembilan secara automatik terbubar dengan
sendirinya kerana sudah genap lima tahun sejak mandat diberi pada 2008
lalu. ADUN-ADUN Negeri Sembilan juga sudah kehilangan fungsi wakil
rakyat masing-masing dan mereka tidak mempunyai apa-apa kuasa lagi.
Kerajaan Negeri Sembilan juga sudah menjadi kerajaan sementara yang
hanya difungsikan melalui kewujudan Menteri Besar dan 10 orang Exco
Kerajaan Negeri.
Walaupun kerajaan masih dapat berjalan seperti biasa tetapi ianya hanyalah dari segi pentadbiran saja. Hal-hal lain dan perubahan dasar sudah tidak boleh dilakukan lagi kerana ia hanya kerajaan sementara.
Walaupun kerajaan masih dapat berjalan seperti biasa tetapi ianya hanyalah dari segi pentadbiran saja. Hal-hal lain dan perubahan dasar sudah tidak boleh dilakukan lagi kerana ia hanya kerajaan sementara.
Biasanya
kerajaan sementara ini wujud apabila DUN dibubarkan dan hanya menunggu
tarikh pilihanraya diumumkan oleh SPR. Tetapi kerajaan sementara
Negeri Sembilan ini tidak dapat dipastikan kewujudannya untuk berapa
lama, mungkin sehingga had maksima 60 hari kerana SPR sendiri tidak
berani mengumumkan tarikh pilihanraya di negeri itu selagi Parlimen
tidak dibubarkan.
Secara
logiknya apabila sesebuah DUN terbubar dengan sendirinya, SPR harus
segera bermesyuarat dan menentukan segera tarikh penamaan calon, tempoh
berkempen dan pembuangan undi. Namun dalam konteks DUN Negeri Sembilan
ini, SPR nampaknya relaks saja dan tidak terdengar apa-apa berita
mengenainya.
Tempoh
Parlimen terbubar dengan sendirinya ialah 28 April dan sekiranya Najib
juga menunggu Parlimen terbubar dengan sendirinya sebagainya beliau
sampai hati membiarkan DUN Negeri Sembilan terbubar dengan sendirinya,
bermakna kerajaan sementara Negeri Sembilan akan berjalan dalam tempoh
yang agak lama dan tidak pernah berlaku sebelum ini.
Dengan
membiarkan sampai DUN sebuah negeri terbubar dan Najib masih juga tidak
berani mengumumkan pembubaran Parlimen, beliau dengan sendirinya
mengesahkan hakikat dirinya sebagai Perdana Menteri penakut dalam
sejarah Malaysia. Tidak pernah mana-mana Perdana Menteri sebelum ini
yang begitu takut untuk mengadakan pilihanraya bagi memberi ruang kepada
rakyat menentukan mandat untuk lima tahun yang seterusnya.
Sebelum
ini hanya Anwar Ibrahim selaku Ketua Pembangkang yang sering menyelar
Najib sebagai Perdana Menteri yang penakut. Anwar menggambarkan Najib
sebagai penakut kerana menolak berdebat dengannya, Najib juga dianggap
penakut kerana sering mengikut telunjuk Mahathir dan Najib turut
disifatkan penakut kerana terlalu memuja kuasa besar Amerika dan
melakukan pelbagai cara untuk berbaik dengan kuasa besar itu. Lebih dari
itu, Anwar juga menganggap Najib penakut kerana tidak berani menegur
isterinya, Rosmah Mansor yang banyak melakukan pembaziran, membeli
barangan mewah serta perhiasan yang mahal-mahal sehingga menimbulkan
keresahan di kalangan rakyat.
Najib juga
dianggap penakut kerana sering menunda tarikh pembubaran Parlimen
sehingga ke penghujung tempoh. Walaupun Najib sudah bercakap mengenai
pilihanraya, melakukan lawatan ke negeri-negeri dan mula memberikan
pelbagai gula-gula sejak lebih dua tahun yang lalu tetapi beliau masih
tidak berani mengumumkan Parlimen dibubarkan.
Jika dalam
tempoh terdekat ini, Najib mengumumkan pembubaran Parlimen, sifat
keberaniannya sudah hilang sebenarnya. Ini kerana pembubaran itu
semata-mata dibuat kerana terpaksa sebab DUN Negeri Sembilan sudah
terbubar dan tarikh akhir Parlimen terbubar dengan sendirinya makin
hampir. Beliau tetap dianggap sebagai penakut.
Hari ini dengan membiarkan DUN Negeri Sembilan terbubar dengan sendirinya dan Parlimen tidak juga dibubarkan, Najib seperti menganugerahkan sijil penakut itu kepada dirinya sendiri. Di mata rakyat, moral politik beliau sebagai pemimpin dan Perdana Menteri sudah tidak membawa makna apa-apa lagi. Moral politiknya sudah jatuh dan hancur berderai.
Hari ini dengan membiarkan DUN Negeri Sembilan terbubar dengan sendirinya dan Parlimen tidak juga dibubarkan, Najib seperti menganugerahkan sijil penakut itu kepada dirinya sendiri. Di mata rakyat, moral politik beliau sebagai pemimpin dan Perdana Menteri sudah tidak membawa makna apa-apa lagi. Moral politiknya sudah jatuh dan hancur berderai.
Sebagai
Perdana Menteri, salah satu satu ciri yang dicari-cari oleh rakyat
ialah keberanian. Hanya keberanian yang membezakan seorang pemimpin
yang hebat berbanding dengan pemimpinnya lainnya. Pemimpin umpama
jenderal perang dan mereka wajib ada keberanian. Bahkan dalam mana-mana
pertandingan pun, seorang ketua mesti memiliki keberanian. Seorang
pemimpin atau ketua keluarga yang ada keberanian akan menjadikan orang
dibawahnya merasa selamat dan tidak ragu-ragu bernaung dibawahnya.
Dengan
menunjukkan kepada rakyat beliau tidak memiliki keberanian, markah
Najib di mata umum tentunya sudah jatuh merudum. Beliau bukan saja
meletakkan dirinya tidak lagi diyakini rakyat tetapi juga menjadikan
kedudukan UMNO dan BN di Negeri Sembilan turut goyah. Terbubarnya DUN
dengan sendirinya tetapi tarikh pilihanraya masih tidak diketahui
tarikhnya, rakyat tentunya mulai bosan dengan corak kerajaan seperti
ini dan mereka mempunyai kebarangkalian yang besar untuk menolaknya.
Dalam hal
ini ramalan banyak pihak bahawa pentadbiran Negeri Sembilan akan
beralih ke Pakatan Rakyat selepas pilihanraya akan datang adalah
sesuatu yang tidak dapat ditolak lagi.
Dalam
konteks Najib pula, dengan terdedahnya sifat penakutnya ini, peluangnya
untuk memenangi pilihanraya akan datang terus menjadi kelabu. Rakyat
mulai was-was dan tidak lagi meyakininya untuk terus memberi mandat
untuk tempoh lima tahun akan datang. Setelah Mahathir dilihat begitu
kuat berkempen untuk memastikan kemenangan BN dan kemudian Daim
Zainuddin turut serta membantu Najib melalui serangan terbuka terhadap
Anwar, keberanian yang tiada dalam diri Najib bakal menghalangnya
daripada mengecapi mandat yang seterusnya daripada rakyat.
Dengan
pelbagai masalah, isu dan tekanan yang dihadapi oleh negara sejak
kebelakangan ini, hanya pemimpin yang mempunyai sifat keberanian yang
dikehendaki rakyat. Ini kerana hanya pemimpin seperti itu yang boleh
membuatkan rakyat hidup dengan aman dan selesa.
Penulis pernah menjadi wartawan beberapa akhbar di tahun 80an dan 90an, pernah juga berkhidmat di MARA. Pada tahun 1996-2000 menjadi Setiausaha Biro Ekonomi dan Pembangunan Usahawan, Pemuda Umno Malaysia dan 2004-2008 menjadi Naib Ketua Pemuda dan AJK Umno Bahagian Wangsa Maju. Telah menghasilkan dua buah buku politik bertajuk Najib PM Terakhir…dan Kesilapan-Kesilapan Najib.Beliau memiliki laman blog di shahbudindotcom.blogspot.com
No comments:
Post a Comment