Tuan Fairuz Tuan Ismail
Jika dikurniakan duit yang lebih, saya ada satu syarikat yang benar-benar saya ingin beli, Utusan Group.
Sebuah syarikat yang berdaya saing satu ketika dahulu dengan menghasilkan pelbagai karya ilmiah kini kelihatan semakin lesu (persepsi saya) dan hilang taringnya. Akhbar hariannya, Utusan Malaysia yang mempunyai pembaca yang sangat ramai suatu ketika dahulu, kini semakin hari semakin kurang pembacanya.
Akhbar inilah yang mencatatkan penurunan pengedaran (circulation) yang konsisten dari setahun ke setahun berdasarkan laporan Audit Bureau of Circulation sebanyak 20 peratus dari Jun 2006 hingga Jun 2009 (213,445 pada tahun 2006 kepada 169,548 pada tahun 2009). Jumlah penurunan sebanyak 20 peratus sepatutnya membuatkan pemilik dan pelabur syarikat tidak senang duduk, namun jika saya berada di tempat mereka, saya lebih membimbangi “trend” menurun yang konsisten setiap tahun. Tentu ada masalah fundamental yang perlu ditangani untuk memastikan akhbar tersebut kekal relevan. Teramatlah malang sekiranya akhbar yang mempunyai sejarah yang panjang, lebih lama daripada usia negara kita sendiri, musnah akibat kesilapan keputusan perniagaan (bad business decision).
Kesilapan fundamental yang saya nampak adalah dengan menjadikan akhbar massa tersebut sebagai lidah rasmi kepada parti pemerintah. Ia bukan lagi media neutral yang memberikan ruang kepada pembaca untuk mendapatkan maklumat daripada semua pihak termasuk pihak pembangkang. Disebabkan penyiaran yang berat sebelah ini, ramai pembaca khususnya dari kalangan yang menyokong pembangkang semakin menjauhi akhbar ini. Satu lagi segmen masyarakat yang kurang memilih media ini adalah golongan muda yang lebih terdedah dengan pelbagai sumber maklumat melalui Internet.
Lebih memburukkan keadaan, sering sekali kita melihat akhbar Utusan Malaysia mutaakhir ini kalah dalam saman fitnah. Yang terkini adalah saman Datuk Seri Nizar Jamaluddin tentang isu nombor plat WWW1. Sememangnya saman yang terpaksa dibayar adalah merugikan syarikat, namun reputasi dan kredibiliti yang rosak adalah sesuatu yang lebih patut dibimbangi.
Yang lebih membimbangkan, saingan kepada Utusan Group, iaitu Kumpulan Karangkraf dengan akhbar hariannya Sinar Harian, memberikan pembaca, apa yang tiada pada utusan; penyiaran yang neutral. Mereka memberi ruang kepada pemimpin pembangkang untuk menjelaskan sesuatu isu, sama seperti peluang yang diberikan kepada pemimpin kerajaan.
Tidak hairanlah dalam masa yang singkat, akhbar yang pada mulanya hanya bermula di negeri Pantai Timur, kini telah menjadi sensasi nasional. Walaupun belum diedarkan di negeri-negeri utara, dan Johor namun jumlah edarannya yang dianggarkan sekitar 150,000 semakin menyamai edaran akhbar-akhbar yang telah lebih lama bertapak. Saya yakin dan percaya, jika Utusan tidak mengubah strategi perniagaannya, mereka akan kalah kepada kumpulan Karangkraf dalam masa yang terdekat.
Saya berdoa agar ada jutawan diluar sana yang boleh membeli pegangan syarikat ini yang dipunyai oleh individu yang rapat dengan parti Umno agar ia boleh berubah dan memastikan ia terus relevan pada masa akan datang. Adalah satu kesilapan besar dari segi strategi bisnes sekiranya terus menjadikan ianya sebagai Utusan Umno!

No comments:
Post a Comment