Muhammad Faizal, |
Malah menurut Nizar lagi, selain mengemukakan hasil kajian tersebut, Umno juga perlu menunjukkan bentuk kajian yang mereka lakukan jika merasakan populariti Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak semakin meningkat.
"Saya cabar Umno menyiarkan kajian yang mereka lakukan jika mereka tidak yakin dengan apa yang dilakukan oleh Merdeka Center, kita nak juga tahu tahap populariti yang diterima oleh Najib.
"Selain itu juga kita ingin mengetahui bentuk kajian yang dilakukan terutama dari segi soalan, jangan lupa masukkan sekali kajian terhadap Ketua Pembangkang dan Pakatan Rakyat," jelas beliau kepada Harakahdaily.
Nizar yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang turut berpendapat kajian yang dilakukan Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMcedel) dan Merdeka Center telah menunjukkan graf populariti yang sama terhadap Najib.
Malah katanya lagi, angka dan peratusan yang ditunjukan daripada kedua-dua kajian itu menunjukkan angka yang hampir sama dan tidak ada apa yang perlu dipersoalkan lagi.
Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dalam satu kenyataan telah mempersoalkan kajian Merdeka Center yang menyebut kurang separuh daripada 1,021 respondennya berpuas hati dengan kerajaan BN.
Adnan memberitahu kaji selidik yang dilakukan oleh BN sendiri menunjukkan bahawa sokongan rakyat memihak kepada parti tersebut.
No comments:
Post a Comment