Skuad BO
Menurut Ketua Pemuda PAS DUN Kuala Berang Mohd Zainol Abidin Ahmad [gambar kiri], ia seolah-olah sengaja ingin mencabar kesabaran para pemuda PAS.
Beliau berkata, perbuatan mengoyakkan kain rentang PAS, sebuah parti politik yang sah dan berdaftar, menunjukkan individu yang melakukannya tidak menghormati prinsip dan amalan demokrasi berparlimen.
“Kejadian yang boleh cetuskan provokasi ini bukan sahaja berlaku di sekitar Bandar Kuala Berang sahaja tetapi turut melibatkan cawangan-cawangan dalam Dun Kuala Berang termasuk di Kampung Tapu serta Kampung Butut. Malah, perbuatan ini bukannya perkara baru berlaku.
“Bagaimanapun, akhir-akhir ini kejadian kain rentang dipotong dua ini semakin menjadi-jadi. Kami bimbang ia akan menegangkan keadaan menjelang Pilihanraya Umum(PRU) ke-13 yang kini semakin hampir hingga cetuskan tindakan luar kawalan.
“Sehubungan itu diharapkan, perbuatan merosakkan kain rentang dilakukan secara terancang ini dihentikan segera. Kami masih lagi berpegang kepada prinsip tidak akan ‘menyentuh’ kain rentang pihak lawan yang tidak bersifat memfitnah sekiranya kain rentang kami tidak disentuh.
“Melihat kain rentang digantung dipotong dua, ia bagaikan mencabar kesabaran. Malah, rasa sakit itu lebih teruk daripada didapati kain rentang ‘hilang’. Kami kesal dengan tindakan kurang bijak dilakukan individu terlibat,” katanya ketika ditemui pada Ahad 24 Februari .
Sehubungan itu, beliau telah membuat laporan polis di Balai Polis Kuala Berang, petang Sabtu 23 Februari dan berharap agar pihak berkuasa dapat mengambil perhatian serius bagi menjamin suasana politik dalam berlangsung dengan aman dan secara matang.
Katanya, kejadian terbaru melibatkan kain rentang Program Sepetang Bersama Abby Abadi digantung mereka pada Jumaat lalu di simpang berhampiran Markaz Pemuda Pas Kuala Berang sebelum didapati telah dipotong dua pada pagi kelmarin.
“Sekitar jam 2 pagi, Ahad lalu sewaktu melalui Jalan Besar Kuala Berang untuk pulang ke rumah didapati kain rentang tersebut masih elok. Namun, lebih kurang jam 7.15 pagi, saya dapati kain rentang ini telahpun dipotong dua dipercayai menggunakan benda tajam.
“Malah, lebih kurang jam 3 pagi malam tersebut saya turut terima maklumat melalui sistem pesanan ringkas yang memaklumkan tiga kain rentang di Kampung Butut berkaitan slogan-slogan parti telah rosak.
“Manakala jam 7.30 pagi pula, Pemuda Pas Cawangan Kampung Tapu juga memaklumkan kain rentang digantung di kampung berkenaan termasuk berhampiran Pasti telah dirosakkan. Saya tidak menolak kemungkinan, ia dilakukan oleh individu sama di semua lokas terlibat ini,” ujarnya.
No comments:
Post a Comment