MALAYSIA KINI
Berikut adalah intipati utama dalam manifesto Pakatan Rakyat yang dilancarkan dalam konvensyen gabungan parti tersebut di Shah Alam hari ini.
Ia terbahagi kepada empat tonggak utama iaitu Rakyat Bersaudara, Ekonomi Rakyat, Kesejahteraan rakyat dan Kerajaan Rakyat.
Tonggak Rakyat Bersaudara
Tonggak Ekonomi Rakyat
Tonggak Kesejahteraan Rakyat
Tonggak Kerajaan Rakyat
Ia terbahagi kepada empat tonggak utama iaitu Rakyat Bersaudara, Ekonomi Rakyat, Kesejahteraan rakyat dan Kerajaan Rakyat.
Tonggak Rakyat Bersaudara
- Menghapuskan diskriminasi kaum dan adu domba melaga-lagakan kumpulan masyarakat demi menjamin kehormonian dan perpaduan rakyat.
- Bahasa Kebangsaan dimartabatkan, hak bahasa ibunda dijamin dan bahasa Inggeris dipertingkatkan di dalam sistem pendidian negara yang menjamin pendidikan percuma untuk semua anak Malaysia.
- Mengiktiraf peranan sekolah janaan rakyat dan memperuntukkan sumber yang berpadanan dengan sumbangan sekolah ini. Pakatan Rakyat juga menghargai sumbangan sekolah agama rakyat, sekolha jenis kebangsaaan Cina (SJKC) dan Tamil (SJKT), sekolah persendirian Cina, Tamil, Iban, Kadazan, Mubaligh.
- Mempertahankan hak Sabah dan Sarawak di dalam rangka Perlembagaan Persekutuan seperti yang terkandung dalam deklarasi Kuching.
- Menitikberatkan hak tanah dan kebajikan Orang Asli. Kebebasan akan dipulangkan kepada mereka untuk mencorakkan kehidupan dengan memberi mereka kuasa ke atas tanah mereka.
- Menghayati kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan, menjamin kebebasan beragama serta mengangkat budaya sebagai teras positif hidup bermasyarakat.
Tonggak Ekonomi Rakyat
- Memperkenalkan program bersepadu untuk memastikan 1 juta peluang pekerjaan bari dibuka dalam sektor perladangan, pembinaan dan perkhidmatan dengan mengurangkan satu juta buruh asing secara berperingkat menjelang tahun kelima memegang tampuk kuasa.
- Pakatan Rakyat memperjuangkan gaji minima - sekurang-kurangnya RM1,100 sebulan - atas prinsip setiap pekerja berhak dibayar gaji yang berpadanan dengn kos kehidupan yang minima, agar rakyat tidak hidup dalam kemiskinan.
- Pakatan Rakyat akan menubuhkan sebuah Suruhanjaya Diraja untuk mengkaji secara keseluruhan penambahbaikan sistem pendidian negara agar selari dengan teras reformasi pendidikan.
- Memecah menopoli dalam sektor perkhidmatan dan barangan dengan menubuhkan Suruhanjaya Anti-Monopoli dan merombak undang-undang sedia ada berkaitan persaingan untuk memberi lebih kuasa menghentikan amalan perniagaan tidak adil.
- Merancakkan persaingan dengan membubarkan 1MDB agar Khazanah kekal satu-satunya badan pelaburan negara.
- Melupuskan pegangan kerajaan dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang terbabit dalam perniagaan bukan berkepentingan nasinaln kepada pengurusan GLC melalui kaedah ambil alih oleh pengurusan bertujuan untuk melahirkan lebih ramai usahawan Bumiputra berdaya maju.
Tonggak Kesejahteraan Rakyat
- Mengurangkan bebanan kos sara hidup rakyat dengan menghapuskan monopoli dan menurukan harga petrol dan diesel, caj elektrik, caj air yang berlebihan , hapuskan tol dan menghapuskan monopoli untuk meningkatkan persaingan dalam bidang ekonomi.
- Merombak dasar automotif untuk mengurangkan bebanan rakyat dengan menghapuskan cukai eksais, harga kereta serendah RM25,000 serta menyediakan perumahan selesa dan mampu milik untuk semua.
- Memberikan pendidikan percuma untuk semua dan hapus PTPTN dengan yuran bagi pengajian tinggi lepasan sekolah di semua institusi milik awam akan ditanggung kerajaan dan memberi elaun sara hidup.
- Pakatan Rakyat akan menghentikan serta merta konsesi dan pelaksanaan AES yang mempertaruhkan keselamatan rakyat di jalan raya sebagai sumber kekayaan kroni.
- Pakatan Rakyat akan mempertahankan wibawa, prestasi dan reputasi Felda demi menjamin kedudukan ekonomi dan pemilikan tanah warga peneroka termasuk merombak semula pegangan di dalam FGV dengan matlamat mengembalikan operasi dan pemilikan tanah FELDA ke tangan peneroka dan kakitangan.
Tonggak Kerajaan Rakyat
- Mengembalikan prestij dan kemuliaan penjawat awam, membebaskan penjawat awam dari campur tangan politik dan pakej penggajian baru yang menggabungkan prinsip-prinsip daya kerja cemerlang, tempoh perkhidmatan dan potensi kepimpinan demi menjamin keadilan sementara mencungkil bakat kepimpinan.
- Melaksanakan 8 tuntutan BERSIH sebagai reformasi pilihanraya, melaksanakan pendaftaran undi secara automatik apabila mencecah umur layak mengundi dan membersihkan daftar pengundi dalam masa 100 hari berkuasa.
- Membebaskan institusi-institusi utama negara iaitu institusi kehakiman, Kamar Peguam Negara, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Polis diRaja Malaysia (PDRM) dari cengkaman politik
- Mengembalikan kebebasan institusi Parlimen sebagai suara rakyat yang mengimbangi kuasa eksekutif dan memperkenalkan sistem Jawatankuasa Terpilih Parlimen dalam bidang-bidang penting seperti kewangan, keselamatan, pendidikan, pertahanan, PETRONAS dan lain-lain untuk meningkatkan keberkesanan fungsi timbangtara yang dimainkan Parlimen.
- Menghapuskan semua undang-undang yang menyekat kebebasan media dan mewujudkan suasana media yang berat sebelah, termasuk Akta Percetakan dan Penerbitan, prosuder perlesenan media dan lain-lain.
- Memansuhkan AUKU dalam tempoh 100 hari pentadbiran Pakatan Rakyat
- Semakan menyeluruh ke atas semua undang-undang yang bertentangan dengan prinsip keadilan dan kebebasan rakyat atau bersifat anti-rakyat dan memansuhkan semua undang-undang dan peraturan ini dalam tempoh tahun pertama pentadbiran Pakatan Rakyat
- Menguatkuasakan Akta Pemulihan Demokrasi untuk mengukuhkan lagi hak rakyat dan Kerajaan Persekutuan membebaskan dan memohon maaf kepada kesemua tahanan ISA dari dulu hingga sekarang.
- Merombak sepenuhnya kuasa dan kepimpinan SPRM untuk membina integritinya di mata rakyat, termasuk mempertimbangkan memberikan kuasa pendakwaan kepada SPRM
- Merombak amalan dan proses SPRM agar tumpuan diberikan sepenuhnya kepada siasatan dan pendakwaan terhadap kes-kes rasuah besar yang melibatkan kepentingan awam untuk membuang persepsi bahawa SPRM hanya menumpukan kes-kes kecil sedangkan rasuah pembesar negara dipadamkan
- Mengetatkan undang-undang rasuah dan undang-undang berkaitan (termasuk Akta Perlindungan Pemberi Maklumat) untuk melaksanakan sekeras-kerasnya undang-undang membanteras rasuah, terutamanya bersabit kes-kes rasuah besar yang melibatkan kepentingan awam
No comments:
Post a Comment