Peguam
yang mewakili Shahnaz A Majid hari ini memperolehi perintah interim
yang mengarahkan anak ketua menteri Sarawak, Datuk Seri Mahmud Abu Bekir
Taib supaya membayar fi berjumlah lebih RM902,000.

Ia
susulan keputusan Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur yang membenarkan
permohonan ex-parte daripada Shahnaz, agar Mahmud membayar untuk
pengajian pra-universiti anak mereka yang kini menuntut di United
Kingdom.
Hakim Mohd Amran Mat Zain memerintahkan Mahmud membayar jumlah berkenaan dalam tempoh 12 hari bermula hari ini.
Pasangan berkenaan bercerai secara sah pada 11 Mac 2011.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan