Rabu, 27 Februari 2013

Noh Omar Dibidas Cuba Guna MARDI Dapat Tanah ‘Percuma’


mb-pecah-tanah

KELANA JAYAB : Datuk Seri Noh Omar dibidas kerana didakwa menggunakan nama MARDI untuk mendapatkan tanah secara ‘percuma’ bagi pembinaan Kampus Universiti Perdana di Serdang.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, pembinaan kampus itu terletak di tanah yang dimiliki oleh Institut Penyelidikan Dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) yang bertujuan untuk penyelidikan pertanian yang diberikan oleh Kerajaan Negeri.

“Ia bukan bertujuan untuk membuat bisnes kalau untuk tujuan itu Kerajaan Negeri lebih pandai yang akan dibina PKNS.

“Saya tidak menahan pembangunan itu tetapi dia kena membelinya pada harga pasaran,” kata Abdul Khalid.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas Majlis Perasmian Pecah Tanah Kompleks Kediaman Pekerja Industri di sini.

Ujar Abdul Khalid, Kerajaan Negeri bertindak enggan meluluskan syarat tukar tanah itu bagi kepentingan rakyat Selangor.

“Jadi saya perlu pertahankan hak rakyat Selangor.

“Kita perlu mendapat harga premium baru dari pembangunan yang baru itu,” kata Abdul Khalid.

Sebelum ini, Noh Omar digesa tidak meneruskan hasrat menjual tanah milik MARDI di Serdang seluas 200 ekar kepada mana-mana pihak hanya untuk meraih keuntungan.

Pada 25 September 2012, Exco Permodenan Pertanian, Pengurusan Sumber Alam Dan Pembangunan Usahawan, Dr Yaakob Sapari mendedahkan bahawa tanah itu ingin dijual pada harga kira-kira RM14.50 sekaki persegi.

Namun jelas Yaakob, harga pasaran adalah sekitar antara RM80 hingga RM100 sekaki persegi yang disifatkan penjualan itu pada harga yang tidak munasabah serta merugikan rakyat.

Tanah milik MARDI ketika ini sebahagiannya dijadikan tapak Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) dijadikan tapak Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Antarabangsa (MAHA)

Tiada ulasan: