SABAH KINI |
Pemimpin
kepada kumpulan penceroboh di Lahad Datu, Raja Muda Agbimuddin Kiram
berkeras untuk meneruskan tuntutan mereka ke atas Sabah walaupun tarikh
akhir yang ditetapkan kerajaan Malaysia agar mereka meninggalkan negara
ini telahpun berakhir semalam.
"Terus berjuang atau mati," kata Agbimuddin kepada stesen radio Filipina, Radyo Inquirer kira-kira jam 9 pagi kelmarin.
"Saya percaya kami di pihak yang benar dan tempat ini milik kami. Kami akan bertahan," tambahnya.
Manila
semalam menghantar satu kapal laut untuk membawa pulang kumpulan itu
namun Agbimuddin menegaskan 'Pasukan Keselamatan Diraja' tidak akan
berganjak dari Kampung Tanduo, Lahad Datu sehingga "isu itu
diselesaikan".
Kapal berkenaan dijadualkan tiba di pesisir Lahad Datu hari ini.
Kumpulan
dari Filipina itu berusaha untuk menduduki satu kawasan pesisir pantai
di daerah Lahad Datu, yang didakwa pernah menjadi sebahagian daripada
jajahan kesultanan Sulu.
Mereka dikepung pasukan keselamatan sejak 12 Februari di kawasan tersebut.
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan