Selasa, 26 Februari 2013

Akhirnya Zahid saman Rafizi: Pengurusan kes di mahkamah esok

KEADILAN DAILY

KUALA LUMPUR : Setelah hampir sebulan menunggu saman daripada Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, akhirnya surat saman Menteri Pertahanan itu diterima Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli semalam.

Saman itu berkaitan pendedahan mengenai penyelewengan wang pesara tentera dalam Boustead Holdings Berhad.

Sebelum ini, Rafizi hanya diberi surat tuntutan oleh Zahid.

Rafizi minggu lalu menyatakan kesediaannya untuk ke mahkamah walaupun masih menanti surat saman daripada Zahid.

Katanya, beliau lebih bersedia selepas mendapat akses maklumat perjanjian dalam Boustead.

Rafizi

“Saya tak sabar nak tunggu Zahid mempertahankan dirinya di mahkamah kelak,” kata Rafizi sambil menegaskan Zahid gagal menjaga kebajikan anggota tentera.

“Hari ini (semalam) juga saya terima writ saman dari Zahid Hamidi, case management hari Rabu,” kata Rafizi di twitternya.

“Yeah jumpa di court,” tulis Rafizi lagi kepada Pengarah Guaman KEADILAN, Latheefa Koya, selaku peguamnya.

Rafizi sebelum ini membeli 100 unit saham Boustead dengan harga RM4.86 seunit, bagi
membolehkannya menjadi pemegang kepentingan Boustead dan mendapat dokumen Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT).

Zahid dilaporkan memfailkan writ saman menerusi Tetuan Majid Krishna Menon & Lee di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi pada 25 Januari lalu.

Tiada ulasan: