Ketua Pemuda Pas Puchong, Mohd Rosharizan Mohd Rozlan berkata, sekiranya benar pertubuhan itu berniat membawa kesejahteraan ummah, mereka sepatutnya bersama-sama Pakatan Rakyat (PR), yang di dalamnya ada Pas.
Menurutnya, beliau melihat cadangan bertanding itu sebagai helah yang sengaja untuk memecah undi pengundi Melayu Islam yang bakal memilih PR di peringkat Parlimen pada PRU13.
Jelasnya, tindakan itu tidak akan berhasil lebih-lebih lagi dengan kebangkitan rakyat yang melihat PR sebagai alternatif menggantikan kerajaan pada hari ini.
Seperti yang disiarkan media arus perdana, wakil NGO itu, katanya, memaklumkan akan meletakkan calon berkaliber dalam kalangan orang Islam di beberapa kerusi Parlimen dan Dun dan antaranya di Puchong.
Kata Rosharizan, pihak itu memberi alasan untuk memperjuangkan ummah dan orang Melayu sedangkan niatnya lebih cenderung ke arah lain.
“Saya lihat kawasan dicadang mereka untuk bertanding adalah yang mempunyai polariti kaum 50/50 antara kaum Melayu dan kaum lain.
“Saya tidak katakan mereka cenderung kepada mana-mana parti tetapi jika bertanding ia akan lebih memanfaatkan Barisan Nasional (BN),” katanya ketika ditemui pada program meraikan ibu tunggal di sin
Tiada ulasan:
Catat Ulasan