KL TODAY
Zain
Saidin menafikan bakal bernikah dengan kekasihnya, Rozita Che Wan pada
Julai ini.Laporan akhbar tempatan semalam menyebut, pelakon, Rozita Che
Wan atau lebih dikenali sebagai Che Ta sudah memilih tarikh untuk
bernikah Julai ini dengan Zain.Ketika dihubungi, adik kepada Shasha
Saidin ini menafikan laporan itu.
“Saya tanya Che Ta, dia kata tak pernah pun kata nak kahwin Julai. Mereka (akhbar) tulis sendirilah. Saya tanya dia tentang kenyataan itu, dia kata tak ada pun (bagi kenyataan) ,” katanya kepada Sinar Harian Online.

Sebelum ini, Che Ta lebih memilih untuk berdiam diri bercakap tentang kisah cintanya dengan pelakon berwajah Pan Asia itu.
Beberapa minggu lalu, mereka bercuti ke Singapura bersama keluarga Che Ta sempena cuti sekolah.
Dalam pada itu, Zain juga akui masih belum ada perbincangan tentang perkahwinan.
“Belum ada perbincangan tentang perkahwinan lagi tetapi insya-ALLAH kalau ada rezeki hujung tahunlah,” katanya.
“Belum ada perbincangan tentang perkahwinan lagi tetapi insya-ALLAH kalau ada rezeki hujung tahunlah,” katanya.
Mengulas lanjut soal laporan akhbar itu, Zain berkata, tidak logik jika pernikahan mereka pada bulan Julai.
“Julai itu
bulan puasa kan? Ada ke orang kahwin bulan puasa? Kalau fikir secara
logiknya, tak kan saya nak kahwin bulan puasa. Tak nak ajak orang
datang kahwin ke apa?” katanya.
Sebelum
ini, Sinar Harian Online melaporkan, Zain serius untuk bernikah dengan
Che Ta dan merancang untuk berkahwin hujung tahun ini.
Kosmo hari ini menyebut kakak Zain iaitu bekas anggota kumpulan Elite, Sasha terkejut mendengar perkara tersebut kerana dia yang baru pulang dari Sydney, Australia minggu lalu sememangnya langsung tidak tahu apa-apa mengenainya (Zain akan kahwin hujung Julai)

Mengulas
mengenai penerimaan keluarga mengenai hubungan Zain dan Rozita
memandangkan umur aktres itu dan Zain jauh berbeza 13 tahun, Sasha
berkata sebagai kakak, dia memang tiada halangan dan Zain bebas memilih
sesiapa sahaja yang ingin menjadi teman hidupnya. Tambahan keluarganya
mengamalkan sikap terbuka dan merestui hubungan mereka berdua selama
ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan