SABAH KINI |
Oleh : MARUF ISMAIL
KADAMAIAN
: Penduduk di Kg. Tambulian Laut (Luminodip) Kota Belud merasa dukacita
diatas keadaan jambatan gantung yang tidak selamat digunakan lagi.
Jambatan ini merupakan satu-satunya kemudahan asas laluan bagi penduduk
mahupun budak sekolah untuk aktiviti harian masing-masing.
Namun,
ianya menyukarkan budak-budak sekolah rendah yang pergi ke sekolah
melalui jambatan tersebut ke SK Tambulian, yang terletak di seberang
sungai Tambulian.
Penduduk
mengatakan jambatan tersebut telah di selenggara pada 3 tahun yang lalu
namun hingga sekarang jambatan tersebut sudah mula usang dan tidak
selamat di gunakan lagi.
Permohonan
peruntukan untuk pembinaan semula jambatan ini telah dikemukakan oleh
pihak JKKK kepada pihak yang berkenaan tetapi masih belum ada apa apa
tindakan ke atas jambatan tersebut.
Seharusnya pihak kerajaan perlu mengambil serius akan kemudahan-kemudahan yang penting bagi kampung tersebut.
Jika
perkara ini tidak diberi keutamaan ianya boleh mengundang risiko
keselamatan budak-budak sekolah rendah bila-bila masa apatah lagi semasa
cuaca buruk seperti hujan.
Mengikut
salah seorang penduduk berkata, kadang kala budak sekolah lewat sampai
ke sekolah semasa hujan kerana, mereka terpaksa berjalan di jambatan
dengan hati hati, ada juga budak sekolah yang tidak pergi ke sekolah
semasa hujan.
Baru-baru
ini SAPP Kadamaian telah meninjau keadaan jambatan gantung tersebut,
dan mendapati banyak kerosakkan seperti kabel-kabel yang telah putus,
kayu-kayunya juga telah patah dan ini mengakibatkan jambatan itu tidak
stabil.
Bersama
sama dengan beberapa budak sekolah yang mengguna jambatan tersebut masa
pergi sekolah, Pengerusi SAPP CLC N7 Kadamaian, Pn. Agnes Liewpin cuba
berjalan dan berpendapat bahawa jambatan tersebut wajib digantikan
dengan jambatan gantung yang berkualiti dan selamat digunakan oleh orang
ramai.
"Kg
Tambulian mempunyai 2 buah sekolah iaitu SMK, Tambulian dan Sk,
Tambulian dan jambatan gantung itu menjadi titik laluan antara kedua
buah sekolah tersebut. SK Tambulian ini telah menjadi Tuan Rumah Pra
Jambori 100 Tahun bagi pantai barat utara pada June tahun ini, jadi
tidak wajar sekiranya kemudahan asas seperti Jambatan ini tidak di ambil
tindakan dengan segera" kata Puan Agnes.
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan