Lim berkata, bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi juga menjanjikan sistem monorel untuk warga Pulau Pinang tetapi ia tidak dipenuhi.
"Ini kali kedua perdana menteri membuat janji seperti ini... Saya tidak tahu berapa banyak perdana menteri yang perlu berjanji sehingga Pulau Pinang dapat monorel.
"Ia dijanjikan BN tetapi tidak pernah dibina, ini adalah janji yang tidak ditepati," katanya yang merujuk kepada slogan "Janji Ditepai BN" dalam sidang media selepas pembukaan kongress Wanita dan Pemuda DAP di Kuala Lumpur hari ini.
Tambahnya, monorel itu sudah lama dijanjikan oleh kerajaan persekutuan dan sepatutnya ditunaikan tanpa dijadikan modal pilihan raya.
"Kenapa buat syarat (jika BN menang)? BN menjanjikannya bawah pentadbiran sebelum ini, jadi kenapa perdana menteri kata ia hanya boleh dijalankan jika BN menang?," kata Lim.
Katanya lagi, warga Pulau Pinang tidak mungkin termakan janji seperti itu apabila ia tidak ditunaikan sebelum ini.
"Anda fikir orang akan percaya dengan janji itu?," soalnyna.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan