DAP akan menyambut tahun baru dengan pelancaran rasmi versi penuh video berunsur jenaka dan sindirin 'Ubah Rocket Style' dalam empat bahasa di konsert parti itu pada 1 Januari ini, jam 8 malam di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur Selangor.

Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua berkata pelancaran video, dalam bahasa Melayu, Inggeris, Mandarin dan Tamil, adalah dalam konteks budaya bahasa-bahasa berkenaan.

NONEBeliau berkata akan ada rakaman tambahan yang telah
disunting ketika ia ditayangkan semasa kongres kebangsaan parti itu, dan senarionya akan sedikit berbeza, selaras dengan lirik yang berbeza.

"Terutamanya versi Mandarin, kerana liriknya telah diubah lebih," kata Pua (kanan) kepada Malaysiakini ketika dihubungi semalam.

DAP pertama kali mempersembahkan video gaya 'Oppa Gangnam Style' yang popular, semasa kongres kebangsaan parti itu dua minggu lalu, yang penuh dengan jenaka dan sindirin terhadap BN.

Bintang lagu tersebut yang digelar 'Ubah Rocket Style' adalah maskot DAP burung enggang.

Selain Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng; Ketua Pemuda Sosialis DAP, Teo Kok Seong dan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar akan berucap pada malam tersebut.

Pua berkata, juga terdapat cabutan bertuah dan pemenang berpeluang makan tengahari dengan pemimpin tertinggi DAP.