Jumaat, 28 Disember 2012

Sesi tinjauan DAP di Bentong dicemari pergelutan kecil



Sesi tinjauan DAP Pahang di Kampung Baru Manchis, Bentong semalam telah dicemari oleh pergelutan kecil apabila kumpulan itu bertembung dengan sekumpulan ahli MCA.

NONEAhli MCA, Lee Shu Hwa pergi menemui kumpulan yang diketuai pengerusi DAP Negri Sembilan, Anthony Loke DAP, dengan membawa keratan akhbar yang menyiarkan isu-isu yang membabitkan kawasan parlimen Rasah.

Shu Hwa menuntut penjelasan Loke mengenai rancangan ahli parlimen DAP itu untuk menyelesaikan beberapa isu-isu tertunggak di kawasan Parlimen Rasah yang diwakilinya.

mca dap scuffle in bentong 261212Apabila Pengerusi DAP Pahang, Leong Ngah Ngah cuba campurtangan, abang Shu Hwa - Ah Kaw yang merupakan ketua MCA Kampung Manchis - didakwa mula bertindak kasar.

Satu klip video insiden yang dimuat naik oleh penyokong DAP memaparkan Ah Kaw menarik lengan baju Leong dari belakang.

Satu pergelutan pendek tercetus apabila ketua DAP Bentong, Ching See Tai cuba menghalang Ah Kaw. Shu Hwa bertindak balas dengan menolak Ching.

Ketika dihubungi petang semalam, Ah Kaw menafikan dakwaan pemimpin DAP bahawa adiknya Shu Hwa cuba menolak Ching ke tanah dan telah merosakkan mikrofon DAP.

Katanya, beliau mempunyai bukti fotografi untuk menyokong dakwaannya.

Tiada ulasan: