Khamis, 27 Disember 2012

2 pekerja maut timbus tanah

SITI ZUBAIDAH ZAKARAYA

2 pekerja maut timbus tanah
Mayat kedua-dua mangsa ditemui tertimbus di lokasi kejadian.
 
SUNGAI PETANI– Dua pekerja kontrak maut manakala seorang cedera dalam kejadian tanah runtuh di Ambangan Heights dekat Sungai Lalang di simi ketika sedang melakukan kerja-kerja pemasangan saluran kumbahan kira-kira jam 10.30 pagi tadi.

Mangsa, P Morgan, 39, dari Taman Seri Bedong dan S Saravanan, 25, dari Taman Permai Bestari, Sungai Lalang maut di tempat kejadian manakala seorang lagi mangsa dikenali Ng Jun Chuan, dipercayai majikan dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani untuk rawatan lanjut.

Saksi kejadian, Ming Wei Toh, 51, berkata, ketika kejadian, empat pekerja termasuk dirinya sedang melakukan kerja-kerja memasukkan saluran kumbahan ke dalam tanah yang telah dikorek 10 meter.
 

Tiada ulasan: