Sabtu, 29 Disember 2012

Pencacai Kantoi: Shah Alam Masih “Bebas Disko”, Kafe Bukan Kelab Malam


KELAB GREENBOC

Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menegaskan bahawa sebuah premis di Setia Alam yang didakwa menjalankan aktiviti kelab malam sebenarnya adalah sebuah kafetaria yang menjalankan aktiviti persembahan muzik (‘live band’).

Bagaimanapun, Timbalan Pengarah Korporatnya, Shahrin Ahmad berkata, aktiviti ‘live band’ tersebut dijalankan tanpa kebenaran dan kelulusan daripada Jabatan Perlesenan dan Penguatkuasaan MBSA.

“Hasil pemeriksaan yang dijalankan, kita dapati premis tersebut mempunyai lesen untuk menjalankan aktiviti perniagaan kafetaria tapi tiada lesen untuk aktiviti ‘live band’.

“Oleh itu, pihak MBSA telah mengarahkan pengusaha premis tersebut supaya menghentikan aktiviti tanpa kebenaran itu,” tegas Shahrin sewaktu dihubungi TVSelangor.

Menurutnya lagi, notis turut dikeluarkan terhadap pengusaha premis selaras dengan peruntukan Undang-undang Kecil Perlesenan Tred, Perniagaan dan Perindustrian MBSA 2007.

Hasil tindakan itu juga, Shahrin memberitahu, pengusaha kafetaria telah mengemukakan permohonan untuk menjalankan aktiviti persembahan muzik di premisnya.

Namun permohonan tersebut hanya akan dibincangkan dan diputuskan di dalam Mesyuarat Kawalan Perniagaan dan Kesihatan MBSA yang akan datang.

Mengulas mengenai penjualan minuman beralkohol di premis tersebut, Shahrin menegaskan MBSA tiada hak untuk mengeluarkan sebarang lesen jualan minuman keras.

“Lesen jualan minuman keras dikeluarkan oleh pejabat daerah dan tanah, dan untuk kawasan ini (Setia Alam) ianya dikeluarkan Pejabat Daerah dan Tanah Petaling,” ujar beliau.

Baru-baru ini, menurut laporan sebuah akhbar, sebuah premis di Setia Alam dikatakan baru dibuka pada 12 Disember lepas sempena tarikh 12.12.12.

Selain daripada menjual minuman keras, premis itu turut didakwa menawarkan persembahan hiburan.

Susulan laporan tersebut, MP Shah Alam, Khalid Samad mengeluarkan kenyataan menggesa MBSA untuk mengambil tindakan tegas terhadap premis itu.

Ulasan GB

Pencacai UMNO melalui akhbar mereka SIASAH, kantoi untuk burukkan kerajaan PR Selangor.

Ternyata tiada kelab malam yang dibuka di Shah Alam, hanya pengusah sebuah kafe yang baru "menyalahgunakan" permit yang diberikan kepada mereka.

Anehnya para pencacai UMNO membisu tentang kes Awie yang terang-terangan membuka kelab malam di Ipoh dengan pesta betina dan arak!

Hukum kebenaran dan keadilan akhirnya mendedahkan pekung UMNO sebenar!


Laporan sebelum ini
klik untuk baca

Tiada ulasan: