Rabu, 26 Disember 2012

Jawatankuasa Wang Ihsan perlu disiasat

KL TODAY

KOTA BHARU: Anak-anak muda Kelantan mendesak Jawatankuasa Pengagihan Wang Ihsan yang dipengerusikan Datuk Dr Awang Adek Hussin perlu disiasat dan diaudit segera kerana dibimbangi berlaku penyelewengan. Setiausaha Gabungan Profesional Menuntut Royalti, Hak Pendaratan Minyak dan Gas ke Kelantan (R), Mohd Hisyamuddin Ghazali mendakwa wujud percanggahan kenyataan berkaitan jumlah wang ihsan yang diagihkan.

Ini kerana katanya, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menyebut RM49.1 juta, manakala Pengerusi Umno Kelantan, Datuk Mustapa Mohamed (RM61.4 juta) dan Dr Awang Adek (RM24 juta setahun).

“Jelas kenyataan ketiga-tiga pemimpin Umno itu berbeza mengenai wang ihsan yang diagih kepada Kelantan.“Selain itu wang ihsan juga diagih kepada pemimpin Umno di mana difahamkan setiap bahagian diberi RM2 juta.

“Sedangkan sekiranya kita merujuk kepada kelulusan asal wang ihsan hanya boleh digunakan untuk pembangunan fizikal,” katanya di sini.Menurutnya perbuatan menggunakan wang ihsan bagi tujuan politik Umno amat menyalahi peraturan dan pihak berkuasa perlu menyiasat segera.
Beliau juga berkata, R akan mengadakan perhimpunan aman di hadapan bangunqn Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) Kelantan pada 3 Januari ini bagi menuntut penjelasan daripada agensi itu berkaitan wang ihsan.Selain itu demonstrasi serupa akan diadakan di Masjid Bandar Bachok pada 28 Disember ini selepas solat Jumaat.

Hisyamuddin juga berkata, tahun 2013 akan diisytiharkan sebagai Tahun Tuntut Royalti, di mana ia akan dilancarkan pada sambutan tahun baru 31 Disember ini  di Dataran Stadium Sultan Muhammad Ke IV.

Tiada ulasan: