Sabtu, 29 Disember 2012

Musa Hassan Dedah lagi: Jenayah Meningkat Sebab Hubungan Kongsi Gelap Dgn "Orang Atas"

 
KELAB GREENBOC

Kadar jenayah yang tinggi di Malaysia disebabkan oleh hubungan rapat antara pemimpin negara dan kpemimpin kongsi gelap, dakwa bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan.

“Apabila penjenayah rapat dengan ‘orang atas’, yang teraniaya adalah masyarakat,” kata Musa kepada The Malaysian Insider dalam temuramah baru-baru ini tanpa menamakan sesiapa.

Peningkatan bilangan rakyat Malaysia yang bimbang ke atas keselamatan mereka di rumah dan di jalanan menyebabkan mereka mempersoalkan pentadbiran Najib yang seringkali mengembar-gemburkan kejayaan mengurangkan jenayah, bakal bertukar menjadi antara isu utama pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Baru-baru ini kumpulan pemerhati jenayah, MyWatch, yang rapat dengan Musa mendakwa pegawai polis berpangkat tinggi terlibat dengan penggubahan wang haram, termasuk perjudian haram, pelacuran, mengatur perlawanan bola sepak, malah turut mempunyai hubungan dengan pemimpin kongsi gelap.

Kadar jenayah tinggi dikaitkan secara langsung dengan sindiket yang berurusan dengan pelacuran, perjudian, dan pinjaman wang haram, kata Musa kepada The Malaysian Insider, menyokong dakwaan MyWatch.

Beliau menekankan kesan “domino” aktiviti haram berkenaan sambil menambah masalah jenayah dalam negara ini tidak akan dapat diselesaikan selagi akar kepada permasalahan itu sendiri tidak dicabut.

“Jenayah ini macam roda. Kalau wujud aktiviti maksiat seperti judi, pelacuran, loan shark (ceti haram), selagi itu ada jenayah. Contohnya bila orang kalah judi, mereka mula merompak. Jenayah tidak akan habis jika aktiviti-aktiviti maksiat ini terus ada.

“Salah satu cara seperti yang saya cadangkan dulu, kerajaan patut beri lesen disesetengah tempat macam di Holland,” kata beliau merujuk kepada kawasan pelacuran ‘halal’ di Belanda sambil menambah, “Orang nak pergi pun segan.

” Menurut Musa lagi, diantara sebab kegagalan kerajaan untuk meyakinkan masyarakat bahawa mereka berada dalam keadaan selamat adalah kerana ia hanya memberikan tumpuan kepada jenayah jalanan dan bukannya jenayah secara keseluruhan.

“Jenayah lebih besar seperti pecah rumah, rompakan, samun, curi kenderaan dan bunuh.

“Overall (secara keseluruhan) perlu diambil kira. Ini yang menyebabkan masyarakat rasa tak selamat,” katanya.

Untuk mengurangkan kadar jenayah yang membimbangkan, Musa mencadangkan agar Polis Di Raja Malaysia (PDRM) memantapkan aktiviti untuk mendapatkan maklumat risikan dengan melibatkan orang ramai untuk bekerjasama.

“Contohnya, apabila orang ramai beritahu saya tentang sesuatu jenayah, saya akan kirimkan maklumat ini kepada pegawai polis yang berkenaan. Ini contoh risikan yang kita boleh perolehi daripada masyarakat,” katanya.

MyWatch turut mempersoalkan KPN sekarang kerana tidak mengambil tindakan dan senyap terhadap bukti kesalahan yang kumpulan tersebut akan dedahkan kepada umum kecuali Tan Sri Ismail Omar bersetuju untuk berjumpa dengan mereka.

Musa dan MyWatch, dikritik oleh beberapa bekas penjawat awam daripada pasukan keselamatan tersebut selepas pendedahan yang dilakukannya bersama MyWatch, termasuk daripada bekas Pengarah Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Datuk Ramli Yusuff, bekas penasihat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) Tan Sri Robert Phang dan bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur, Datuk Mat Zain Ibrahim.

Beberapa penculikan berprofil tinggi, rompakan dan kes-kes serangan, termasuk peningkatan penggunaan senjata, menyebabkan ahli parlimen pembangkang dan orang awam mempersoalkan dakwaan unit kecekapan Putrajaya itu bahawa kadar jenayah di negara ini telah menurun dengan ketara sejak inisiatif di bawah itu Program Transformasi Kerajaan (GTP) dimulakan dua tahun lalu.

Ahli politik pembangkang menuduh kerajaan persekutuan terlalu sibuk mengintip orang awam dan menangani persepsi negatif terhadap kelemahan pihak berkuasa dalam mengurangkan jenayah daripada pertempuran sebenar, menunjukan ketidakseimbangan bajet untuk siasatan jenayah .

Pengarah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) PEMANDU Eugene Teh pada Julai mengeluarkan statistik segar menunjukkan bahawa indeks jenayah di Malaysia menurun sebanyak 10.1 peratus dari Januari hingga Mei tahun ini apabila dibandingkan dengan tempoh sama tahun lepas.

PEMANDU sebelum itu mengeluarkan angka fakta indeks jenayah menurun sebanyak 11.1 peratus dari tahun 2010 hingga tahun lepas manakala jenayah jalanan menurun 39.7 peratus dalam tempoh sama.

Pentadbiran Datuk Seri Najib Razak juga menuduh media memainkan laporan jenayah dan menegaskan kes terpencil dan tidak tepat menunjukkan peningkatan dalam kadar jenayah di seluruh negara. -TMI

Tiada ulasan: