Jumaat, 28 Disember 2012

Meriahkan Konsert “UBAH Rocket Style” 1 Januari 2013

Roketkini.com
 


KUALA LUMPUR: Orang ramai dipelawa datang beramai-ramai menyaksikan konsert khas sempena sambutan Tahun Baru 2013 di Dewan Perhimpunan Cina KL-Selangor (KLSCAH) mulai jam 8.00 malam, pada 1 Januari ini.

Penolong Setiausaha Publisiti DAP Kebangsaan, Teo Nie Ching, berkata konsert khas itu akan menayangan dan melancarkan video muzik parodi “Ubah Rocket Style” yang pasti akan mengujakan hadirin.

“Video muzik ini adalah julung kali ditayangkan dengan menggunakan empat bahasa penghantar.

“Kita juga akan menampilkan beberapa persembahan menarik dan ucapan ringkas pemimpin termasuk Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar dan Ketua Pemuda DAPSY Kebangsaan, Teo Kok Seong,” kata Teo yang juga Ahli Parlimen Serdang.

Beliau berkata, selain persembahan menarik, satu cabutan bertuah juga akan diadakan dan bernasib baik akan berpeluang makan tengahari bersama pemimpin utama DAP.

“Saya sekali lagi memjemput seluruh rakyat Malaysia supaya tidak mempersiakan peluang dan ketinggalan untuk hadir beramai-ramai ke konsert itu yang pasti tidak akan dilupakan,” ujarnya. -Roketkini.com

Tiada ulasan: