Jumaat, 28 Disember 2012

Tee Keat mungkin tinggalkan MCA jika Parlimen tergantung, kata Soi Lek


Dr Chua dikatakan berkata terdapat puak dalam MCA dan satu-satunya cara untuk mengatasinya adalah dengan bekerja keras. – Gambar fail
 
KUALA LUMPUR, 28 Dis – Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek mendakwa pesaingnya dan presiden parti sebelum beliau, Datuk Seri Ong Tee Keat akan meninggalkan parti tersebut jika Parlimen tergantung  selepas pilihan raya akan datang. 
 
Dr Chua membuat kenyataan tersebut semalam kepada kumpulan penulis blog pro Umno dipejabatnya. Pembantu kepada Dr Chua mengesahkan kenyataan tersebut.

Menurut Syed Akbar Ali, seorang penulis blog pro Umno yang hadir semasa pertemuan tersebut, Dr Chua berkata terdapat puak dalam MCA dan satu-satunya cara untuk mengatasinya adalah dengan bekerja keras.

“Menghayati semula isu berpuak-puak dan kekurangan sokongan beliau bercakap terus terang tentang pecubaan puak Ong Tee Keat untuk mensabotaj beliau di Melaka.

“Dr Chua merasakan jika terjadi Parlimen tergantung selepas pilihan raya umum, Ong Tee Keat hanya akan mengemas barang dan pergi. Seperti Chua Jui Ming,” kata Syed Akbar di blognya.

Apabila ditanya tentang kenyataan Dr Chua, Ong memberitahu The Malaysian Insider terpulang kepada presiden MCA itu untuk “membayangkan apa sahaja yang beliau suka”.

“Dia boleh bayangkan apa yang dia suka ... bukan urusan saya, dan itu adalah kebebasan beliau tetapi sila hormat kebebasan orang lain,” kata Ong kepada The Malaysian Insider.

Ketika ditanya apakah beliau mengetuai mana-mana kumpulan dalam MCA, Ong berkata beliau tidak berminat dengan “desas-desus dan gosip” itu.

“Saya tidak berminat dalam desas-desus dan gosip jenis ini dan tuduhan yang tidak bertanggungjawab. Saya tidak pernah peduli untuk membaca benda jenis ini,” kata bekas presiden MCA itu.
Beliau juga menegaskan amat jarang pergi ke Melaka.

Ketika ditanya jika beliau mahu untuk menafikan dakwaan yang ditulis dalam blog, Ong berkata: “Apakah ada keperluan untuk menafikan atau mengakui ... saya tidak membaca sampah jenis ini.”

Dalam tulisan yang sama di blog, Syed Akbar menulis Dr Chua menegaskan beliau mengalahkan dua bekas presiden MCA - Ong dan Tan Sri Ong Ka Ting - dalam pemilihan parti untuk menjadi presiden semasa.

“Berbalik kepada Ong Tee Keat, beliau berkata beliau adalah presiden MCA pertama yang mengalahkan dua bekas presiden parti untuk mendapatkan jawatan presiden MCA. Katanya, beliau tidak megah tetapi ia adalah perkara fakta.

“Jadi beliau berkata boleh mengalahkan apa sahaja bilangan puak dalam MCA,” Syed menulis.

Ong dipilih untuk mengetuai parti pada tahun 2008, sebelum perpecahan dalam parti yang membawa kepada pemilihan semula pada tahun 2010 menyaksikan Dr Chua menang dan mengambil alih sebagai presiden MCA.

Difahamkan Ong disokong oleh pemimpin kanan Umno untuk mempertahankan kerusi parlimen Pandan disebabkan oleh populariti peribadinya.

Akan tetapi pesaingnya Dr Chua difahamkan mahukan calon lain.

Presiden MCA itu juga menghadapi persoalan sama ada beliau harus bertanding sebagai calon Barisan Nasional (BN), berikutan sejarah skandal seks beliau.

Pada penghujung tahun 2007, salinan video hubungan seks Dr Chua bersama gundiknya diedarkan secara terbuka, membawa kepada peletakan jawatannya sebagai menteri kesihatan.

Beliau juga tidak diletakkan sebagai calon dalam pilihan raya umum 2008, akan tetapi membuat kemunculan semula dalam politik MCA kemudian.

Tiada ulasan: