MSO
Wah Najib Razak sampai merayu-rayu persis lagu Ziana Zain lah..
supaya rakyat memberinya sepenggal untuk membolehkan dia bawa
pembangunan kepada rakyat. Sayu juga mendengar rayuan Najib itu. Beliau
membuat rayuan itu ketika berucap di hadapan 1,000 orang semasa
melancarkan Pusat Transformasi bandar di Kuala Lumpur pagi ini.
Najib tidak payah merayu kalau apa yang beliau laksanakan dalam tempoh
tiga tahun ini, menampakkan perubahan dan memberi manfaat kepada rakyat.
Setelah merdeka 55 tahun rakyat sudah cerdik tidak perlu dipujuk rayu
lagi. Tetapi malangnya cara Najib layan rakyat, macamlah rakyat kita
seperti penduduk kampung pedalaman di Mongolia.
Tengok bila dia pergi Kelantan dia akan mempermain-mainkan hati rakyat
Kelantan dengan bertanya; "hendaklah lebuh raya?".... rakyat pun jawab,
"hendak...." Najib tanya lagi, "nakkan air bersih?" Rakyat pun jawab
ramai-ramai macam awak-awak fikir barat mengikut kata tok juara,
"hendak." Lepas itu dia balik rakyat Kelantan terngangga dan mengetik
kuku menanti janji Najib. Politik seperti itulah menyebabkan rakyat
tidak menghormati Najib.
Apabila Najib sampai merayu-rayu begitu menunjukkan Najib begitu penat
sekarang ini. Dia tahu yang dia tidak poplar dan sedang ditolak oleh
rakyat. Makin kuat BN melancarkan strategi pelik-pelik menyebabkan orang
makin tahu yang beliau penat. Sehari dua ini Umno memainkan isu DAP dan
cuba melaga-lagakan Pas dengan DAP. Untuk pengetahuan Najib, Pas dan
DAP bukan jenis macam lembu laki Sharizat? Mereka tidak akan berlaga
kerana azam mereka untuk menumbangkan UBN begitu tinggi mengatasi segala
yang lain.
Najib perlu menang sepenggal untuk tidak meletakkan dirinya sebagai PM
terpendek. Dia mahu mengatasi rekod Abdullah Badawi. Ini yang penting
bagi Najib. Kalau dia gagal menyambung jawatannya selepas pilihan raya
akan datang bermakna dia berada di bawah Abdullah dan menjadi PM dari
Umno yang terpendek tempohnya.
Tugas Najib besar bukan saja dia hendak menjaga kredibiliti dan rekod
dirinya tetapi rekod Umno juga. Najib kena pastikan UBN menang. Najib
tidak mahu sejarah negara mencatatkan Umno kalah sewaktu ditangan
beliau. Ini yang Najib ingin elakkan bagi mengelakkan malu sebesar tahi
gajah. Dia juga mahu meninggalkan legasi kononnya baik macam ayahnya
juga.
Dua beban atau pun tanggungjawab inilah menyebabkan Najib terpaksa
menari poco-poco untuk menghilangkan rasa resah dan gelisah. Namun
tindakan beliau silap kerana cara itu mendedahkan yang beliau sedang
bermasalah. Buka balik klik video itu dan perhatikan macam mana tarian
Najib tidak seirama atau pun sejalur dengan tarian Rosmah. Tarian Najib
macam rama-rama kepatahan sayap saja.
Berbalik kepada rayuan tadi saya rasa rakyat tidak akan peduli lagi.
Sudah lebih setengah abad rakyat memberi kuasa kepada Umno tetapi Umno
semacam mengsia-siakan kuasa berkenaan. Selama 22 tahun kemenangan Umno
diperdagangkan oleh Mahatir untuk mengaut keuntungan buat dirinya
sendiri dan anak beranak. Rakyat tertipu di sebalik projek mega Mahathir
akhirnya rakyat memikul beban masalah hingga kini.
Beban ditinggal Mahathir ikut sama terhandas di bahu Abdullah dan kini
tercampak di bahu Najib. Memang ada rakyat yang kasihankan kepada Najib
tetapi sikap dan perbuatan pemimpin Umno sebelum ini menyebabkan mereka
tidak boleh memaafinya. Rakyat sudah jadi serit dan celika. Jadi rayuan
Najib itu tidak akan dihirau lagi.
Cadangan saya Najib baik mengaku kalah saja. Surender yang kita tidak
mampu untuk jadi PM. Seseorang untuk jadi PM bukan calang-calang orang.
Jawatan ini bukan perkara yang boleh diwarisi dari keturunan atau pun
orang tua. Ia juga bleh dikongskikan dengan bini. Jawatan PM berlainan
dengan kerja memanjat kepala seperti di Nepal yang dipusakai dari
jenerasi ke jenerasi. PM adalah milik rakyat Malaysia yang berani,
berwibawa, ada idea serta diyakini oleh semua kaum dan bangsa. Wachou.
No comments:
Post a Comment